Buletin

BUGATTI CHIRON DILANCARKAN DI SINGAPURA, RM11.07 JUTA!

Selepas melakukan debut di Eropah dan Amerika Utara, model produksi super sports  yang paling berkuasa, pantas, eksklusif seta mewah, Bugatti Chiron telah diperkenalkan secara rasmi di Singapura pada hujung minggu lalu.  

 Bugatti-Chiron-Singapore-mekanika (1)

Selama beberapa hari, Bugatti dan pengedarnya di Asia Tenggara, Wearnes Automotive memperkenalkan jentera tersebut kepada para pelanggan dalam satu perjumpaan eksklusif.

Singapura dilantik sebagai hab Bugatti di pasaran Asia Tenggara. Manakala Wearnes Automotive telah menjadi pengedar rasmi Bugatti sejak tahun 2006 lagi .

Bugatti-Chiron-Singapore-mekanika (4)

“Dengan kehadiran Chiron di Singapura, Bugatti tahu tentang pentingnya rantau Asia Tenggara kepada jenama ini.

“Terdapat ramai pengumpul kereta super sports, pemilik dan duta jenama Bugatti di sini. Mereka juga menunjukkan minat yang sangat tinggi terhadap Chiron,” kata Ahli Lembaga Pengarah Bugatti Automobiles S.A.S. untuk Jualan, Pemasaran dan Khidmat pelanggan, Dr. Stefan Brungs.

Bugatti-Chiron-Singapore-mekanika (2)

Chiron dipacu oleh enjin 8.0 liter V16 yang mampu menjana kuasa 1,500 dengan tork maksimum mencecah 1,600Nm di antara putaran enjin 2,000 hingga 6,000rpm.

Harga asasnya sekitar  €2.4 (RM11.07) juta sebuah. Hurmm…

Google ads
Back to top button