Buletin

GAIKINDO 2016: PROTOTAIP HONDA CIVIC HATCHBACK

Bertempat pada acara Gaikindo Indonesia International Auto Show 2016 (Gaikindo), Honda memperkenalkan model prototaip Honda Civic Hatchback terbaharunya. 

batch_DSC07061

Ini boleh disifatkan sebagai satu perkembangan menarik kerana Civic Hatchback yang biasanya cuma ditawarkan di pasaran Eropah dan kini dilihat semakin hampir ke rantau ini. Civic Hatchback melakukan premier dunia pada acara Geneva Motor Show 2016 yang lalu.

Ia dijangka hanya akan dijual di pasaran Eropah mulai April 2017. Honda menyatakan bahawa model hatch ini akan lebih lebar, rendah dan panjang berbanding model terdahulu. Bahagian hadapan pula tampil lebih mantap menerusi penggunaan lampu utama dan lampu nyalaan siang (DRL) LED.

batch_Honda-Civic-hatchback-Gaikindo-mekanika2

Setakat ini, jentera tersebut dikatakan bakal diperkenalkan di Australia tahun depan. Di sana, Civic Hatchback dijana oleh unit enjin dua pilihan enjin yang sama seperti yang ada pada model Civic baharu sekarang. Apa lagi kalau bukan enjin aspirasi biasa i-VTEC bersesaran 1.8 liter berkuasa 139hp.

batch_Honda-Civic-hatchback-Gaikindo-mekanika1

Satu lagi enjin pastinya  1.5 liter Turbo empat silinder VTEC berkuasa 170hp yang dipadankan dengan kotak gear CVT. Sekali pandang, memang tidak dapat dinafikan bahawa model ini kelihatan begitu sporty. Garis bumbung yang rendah dipadankan dengan arca roda yang besar.

Sehingga kini, masih belum dipastikan sama ada model yang cukup sporty ini akan ditawarkan di pasaran tempatan mahupun sebaliknya.

Google ads
Back to top button