Buletin

UBER DAN GRAB BAKAL BEROPERASI SECARA SAH DI SISI UNDANG-UNDANG

Saya ada beberapa kenalan yang memandu Uber dan Grabcar. Ada yang melakukan secara separuh masa di hujung minggu dan ada juga yang melakukannya sepenuh masa. Ada yang akibat diberhentikan kerja akibat kegawatan ekonomi dan ada yang membuat pilihan melakukan sepnuh masa kerana waktu kerja yang fleksibel.

Satu perkara yang kena setuju ialah mekanisme perkongsian kenderaan ini telah mengubah sistem pengangkutan moden. Selain “membuka mata” industri teksi, Uber dan Grab menjadikan pengangkutan lebih mudah. Bergerak kemana sahaja jadi pantas dan murah, tidak perlu fikir masalah letak kereta, kesesakan dan tol. Hanya satu kos untuk semua. Ia datang dan hantar ke pintu rumah atau pejabat.

uber grab (2)

Akhbar The Sun Daily melaporkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sudah mendapat lampu hijau dari kabinet bagi memberi kelulusan pada program e-teksi (atau e-hailing). Dokumen ini akan diteliti dan akan dibentangkan di parlimen pada November akan datang dan bakal menyaksikan uber dan grab beroperasi sepenuhnya mengikut laras undang-undang yang ditetapkan.

Keputusan dicapai setelah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah menyenaraikan 11 teras utama perkhidmatan teksi dan perkongsian kenderaan. Ia turut melibatkan penyediaan premit individu terus kepada pemilik teksi yang mempunyai rekod bersih. Program TEKS1M juga akan diteruskan dengan penambahbaikan.

uber grab (4)

Kita tak akan mampu menolak teknologi. Ia perlu didepani dengan mekanisme pengawalan supaya situasi menang-menang dapat dinikmati semua pihak. Pengguna perlu dibenar membuat pilihan perkhidmatan yang dikehendaki. Banyak yang telah dilakukan misalnya promosi volkswagen oleh uber yang pastinya memberi kelebihan kepada pengguna.

 

Google ads
Back to top button