Buletin

GUNA KAYU SEBAGAI SUSPENSI KERETA, PEMANDU TOYOTA TERCEL DISAMAN

Seorang pemandu lelaki di Quebec, Kanada disaman oleh pihak berkuasa selepas mendapati dia memandu sebuah kereta yang tidak selamat dipandu.

Polis MRC des Collines memberitahu kereta itu ditahan pada pukul 10.45 malam di jalan Carrefour, Val-des-Monts.

Pada awalnya, pemandu itu ditahan kerana lampu brek keretanya tidak berfungsi. Tetapi, pemeriksaan lanjut mendapati model Toyota Tercel tahun 1999 berkenaan turut mempunyai masalah lain.

Memetik laporan ottawacitizen.com, kereta itu menggunakan kayu yang diikat dengar wayar untuk dijadikan suspensi. “Secara asasnya, kayu itu berfungsi untuk memastikan kereta itu boleh bergerak,” kata Sarjan Martin Fournel. Bukan itu sahaja, pemandu berusia 28 tahun tersebut juga tidak mempunyai insurans kereta dengan setin bir yang separuh diminum dijumpai di tempat duduk penumpang hadapan.

Tiga daripada empat tayar Tercel itu sudah botak dan penggilap cerminnya hilang. Pemandu itu bagaimanapun lepas ujian alkohol. Namun, dia tetap menerima beberapa saman kerana pelbagai kesalahan lain. Malang betul nasib brader ni…

BACA: LIHAT BAGAIMANA KERETA KAWALAN JAUH HILUX MENARIK HILUX SEBENAR

BACA: TOYOTA DIJANGKA LANCAR 3 KERETA SPORTS TIDAK LAMA LAGI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button