Buletin

CIRI-CIRI BAHARU TOYOTA VIOS – KINI SEMAKIN MENARIK

Sejak dilancarkan, Toyota Vios menjadi antara sedan terlaris di malaysia atas sebab-sebab yang jelas. Direka untuk memenuhi keperluan pengguna, Vios sememangnya menawarkan operasi yang ekonomikal, tahan lasak dan boleh dipercayai.

Kini, Vios hadir dengan beberapa bentuk penambahbaikan. Antaranya ialah Advanced Panoramic View Monitor yang pertama kali diperkenalkan dalam segmen B. Ciri itu membolehkan anda memantau keadaan sekeliling kenderaan secara 360° menerusi empat unit kameranya.

Perakam Video Digital pula tampil dengan rekaan kemas dan premium. Bukan itu sahaja, cermin sisi yang dilipat secara automati turut memberi kemudahan kepada pemandu apabila enjin kereta dihidup atau dimatikan. Sementara port USB pada konsol tengah cukup untuk kegunaan pemandu dan penumpang.

Lebih menarik lagi, Vios kini ditawarkan dengan rebat tunai dan aksesori percuma bernilai sehingga RM4,000 (bergantung kepada varian).

“Dengan tawaran rebat tunai ini, semua orang boleh memiliki sebuah Vios. Sebaik sahaja anda menjadi ahli keluarga Toyota, anda akan menikmati pengalaman pemilikan yang menyenangkan menerusi program Care That Amazes,” jelas Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran Kurusamy.

Terdapat enam varian Vios untuk dipilih dengan harga bermula serendah RM76,500 hingga RM96,400 seunit. Sedan itu didatangkan dalam enam warna iaitu putih mutiara (untuk varian Vios TRD Sportivo sahaja), putih (Super White II), hitam, perak dan merah metalik.

Sama seperti mana-mana model Toyota yang dijual oleh UMW Toyota Motor, Vios hadir bersama jaminan selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had. Jaminan itu sah untuk pemilik seterusnya jika ia dijual dalam tempoh lima tahun tersebut.

Maklumat lanjut, sila kunjungi mana-mana bilik pameran Toyota berhampiran, pergi ke siri jelajah Toyota GO 2017 atau layari laman web: www.toyota.com.my.

BACA: TOYOTA GAZOO RACING BAWA PERLUMBAAN VIOS CHALLENGE KE MALAYSIA

BACA: TOYOTA VIOS FACELIFT – ENJIN BAHARU, CVT & LEBIH MURAH

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button