Peranti

SAMSUNG PERKENAL RANGKAIAN SUHD TV 2016

Selama sepuluh tahun, Samsung menjadi pengeluar televisyen nombor satu di dunia. Kini, Samsung tampil untuk mengukuhkan lagi kedudukannya menerusi pelancaran rangkaian SUHD TV.

Samsung-SUHD-TV-mekanika (6)

TV tersebut dilihat sebagai permulaan kepada era teknologi paparan Quantom dot. Baru-baru ini, kecanggihan TV tersebut dipamerkan kepada umum di pusat membeli-belah popular, KLCC.

“Samsung sentiasa ingin menawarkan pengalaman terhebat dari segi kualiti gambar kepada pelanggan. Sebab itulah kami menghasilkan rangkaian baharu SUHD TV. TV ini menyediakan warna, kontras dan kejelasan paling realistik untuk apa jua persekitaran tontonan,” kata Ketua Perniagaan Elektronik Pengguna, Samsung Malaysia Electronics, Jimmy Tan.

Samsung-SUHD-TV-mekanika (1)

Rangkaian SUHD TV telah didedahkan kepada umum pada acara Consumer Electronics Show 2016 awal tahun lalu dan Forum Asia Tenggara 2016. Sejak itu, rangkaian SUHD TV terus mendapat anugerah daripada media antarabangsa.

Menerusi teknologi Quantum dot, pengguna boleh mengharapkan kualiti gambar yang lebih hidup. Paparan teknologi tersebut mampu menyerlahkan warna 64 kali baik berbanding TV konvensional. SUHD TV turut menawarkan pengalaman High Dynamic Range (HDR) yang rpremium bersama 1,0000 nit HDR.

Samsung-SUHD-TV-mekanika (4)

Maksudnya, TV itu menawarkan kontras di antara cahaya dan imej dengan lebih baik. Teknologi panel Ultra Black pula mengurangkan gangguan atau silau ketika menonton.  Jadi, anda boleh menonton TV dengan lebih selesa di mana-mana sahaja.

Selepas empat tahun memperkenalkan TV melengkung di dunia, Samsung menyahut cabaran baru – membangunkan TV melengkung tanpa bezel. Hasilnya, rekaan TV ini sangat cantik dari semua sudut dan boleh bertindak sebagai hiasan dalaman sesebuah ruang.

Samsung-SUHD-TV-mekanika (3)

Samsung membawakan perubahan signifikan kepada perkhidmatan Smart TV keluannya, Smart Hub. Smart Hub yang dikuasakan oleh Tizen OS membolehkan navigasi kandungan dilakukan dengan lebih mudah.

SUHD TV 2016 juga tidak memerlukan anda menggunakan banyak unit kawalan jauh. Ia akan mengenal pasti jenis set-top box, konsol permainan video, kotak OTT atau sistem teater rumah secara automatik tanpa memerlukan talaan khusus.

Samsung-SUHD-TV-mekanika (2)

Rangkaian SUHD TV 2016 Samsung boleh didapati mulai Jun di mana-mana Samsung Experience Store dan pengedar sah di seluruh negara. Harganya pula bermula daripada RM5,999 RM99,999 seunit!

Google ads
Back to top button