Buletin

LAMBORGHINI TERZO MILLENNIO – SECEBIS BAYANGAN MASA DEPAN

Baru-baru ini Lamborghini telah mendedahkan kereta konsep mereka yang terbaru Terzo Millennio. Dikatakan bakal berkuasakan elektrik sepenuhnya yang bukan sahaja cukup ekstrim dari segi rupa dan hukum aerodinamik bahkan tentunya kuasa alternatif serba baru.

Terzo Millennio atau Bahasa Melayunya “millennium ke-3” adalah hasil kerjasama selama 3-tahun pihak Lamborghini dengan para Profesor dan pelajar Massachusetts Institute of Technology (MIT) di Boston AS.

Antara yang diusahakan untuk projek ini nanti adalah bagaimana kuasa elektrik dioptimumkam atau mungkin bagaimana menghasil Superkapasitor, bateri karbon komposit berteknologi nano sebagai kuasa penggerak baru yang mungkin akan muncul sebagai alternatif kepada bateri Lithium Ion yang digunakan kereta elektrik konvensional.

Selain penggunaan bahan karbon fiber sepenuhnya yang dikatakan mampu menyimpan tenaga. Lamborghini juga mahukan bunyi ekzosnya juga sama seperti kereta-keretanya sebelum ini. Mencabar jugak ni, kau pernah dengar kereta elektrik keluar bunyi?

Tidak banyak maklumat yang didedahkan umtuk model konsep ini berbanding kereta-kereta konsep mereka yang lain yang lebih spesifik.

Adakah ia akan berada di jalanraya? Mungkin tidak sebab ini adalah kereta konsep semata-mata yang mana pihak Lamborghini pamerkan sebagai lambang halatuju syarikat mereka.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button