Motosikal

EICMA 2017: KAWASAKI Z900RS CAFÉ – MODEL GAYAAN RETRO PENUH KUASA

Selepas mengujakan peminatnya dengan pengenalan model streetbike Z900RS di acara Tokyo Motor Show bulan lalu, Kawasaki nampaknya terus membuatkan orang ramai kembali menoleh ke arah jenama ini menerusi Ninja Z900RS Café.

Secara ringkasnya, ia merupakan sebuah Z900RS yang dipakaikan dengan elemen-elemen motosikal retro. Gayaan tersebut dapat dilihat dengan jelas menerusi bahagian hadapan, rekaan tempat duduk dan bar hendal yang lebih rendah.

Biarpun begitu, ia dilengkapi dengan pelbagai teknologi motosikal terkini. Antaranya sistem brek, suspensi boleh laras sepenuhnya, kawalan cengkaman, lampu LED dan slipper clutch.

Jentera ini turut menggunakan enjin yang sama dengan Ninja Z900RS iaitu enjin empat silinder sebaris bersesaran 948cc. Ia mampu menjana kuasa mencecah 111hp (kurang sedikit berbanding 125hp pada Z900) dan tork 98.5Nm.

Dari jauh, anda sudah dapat tahu bahawa ini ialah motosikal Kawasaki menerusi warna hijau dan jalur putihnya.

Ninja Z900RS Café hanya akan ditawarkan dalam warna hijau ini sahaja pada harga sekitar 12,540 euro (RM61,502) seunit.

GALERI

Google ads
Back to top button