BuletinMotosikal

MAXI SCOOTER CRUISYM 250i DILANCARKAN. HARGA BERMULA RM19K. MAKIN MERIAH!

Ini adalah motosikal yang sama dipertontonkan kepada umum sewaktu karnival SYM yang diadakan di Pulau Pinang setahun yang lalu. Sewaktu dipamerkan, ia merupakan model 300cc yang dikenali sebagai Cruisym 300i.

Bagaimanapun, demi menyesuaikan dengan sistem lesen memandu di Malaysia, MForce Bike Holding, pengilang dan pengedar motosikal SYM di Malaysia telah “menurunkan” kapasiti enjinnya kepada 250cc.

Ia telah dilancarkan sebentar tadi dan seperti yang anda dapat lihat, ia dikenali sebagai CRUiSYM 250i.

Maxi Sooter ini bakal mencabar pasaran yang kini dihuni Modenas ELegan 250i, Kymco Downtown 250i dan Yamaha X-Max. Bagi model 300cc pula, di pasaran ada Honda NSS Forza 300 dan Kawasaki J300. Tidak dilupakan Kymco XCiting 400i dan Suzuki Burgman 400.

Skuter ini datang dengan dua varian iaitu model biasa dan model Edisi Khas. Tidak banyak perubahan antara keduanya melainkan sentuhan kosmetik sahaja.

Cruisym dipasangkan dengan enjin satu selinder 249cc yag menghasilkan 21.1 kuasa kuda pada 7,500rpm dan torm 23.5 Nm pada 5,500rpm. Kuasa ini dihantar ke permukaan jalan menerusi transmisi CVT dan berat keseluruhan skuter ini ialah 196kg.

Enjin ini didakwa menepati piawaian Euro4. Ia turut dilengkapi tangki bahanapi 12 liter dan di bawah kerusinya boleh dimuatkan dengan dua helmet penuh muka tanpa sebarang masalah.

Dari segi pengendalian, hanya bahagian hadapan dilengkapi dengan brek ABS. 

Harga jualannya ialah RM18,888, RM19,188. Harga adalah tidak termasuk GST dan insurans.

GALERI

 

 

Google ads
Back to top button