Buletin

MITSUBISHI PAJERO SPORT 2016

Mitsubishi Pajero Sport baharu akhirnya tiba di pasaran Indonesia. Dibawakan oleh pengedar rasmi Mitsubishi Indonesia, PT Kramayudha Tiga Berlian, SUV (kenderaan utiliti sport) itu membawa tema  ‘A Vision to Explore’.

mitsubishi-pajero-sport-indonesia-mekanika (2)

Ia bermaksud kenderaan yang kukuh dan lasak yang disokong dengan pelbagai kelengkapan moden.

Pasaran Indonesia menerima tiga varian iaitu Dakar, Exceed dan GLX. Varian Dakar didatangkan dengan dua pilihan pacuan iaitu 4×4 dan 4×2. Sementara Exceed dan GLX hanya tersedia dengan pacuan empat roda.

mitsubishi-pajero-sport-indonesia-mekanika (6)

Bahagian luarannya kelihatan sporty dan mengaplikasikan rekaan Dynamic Shield. Rekaan itu menjadi identiti baharu kenderaan penumpang Mitsubishi.

Bahagian hadapan diserlahkan dengan lampu hadapan LED  (Exceed dan GLX) dan pencuci lampu hadapan (Dakar).

mitsubishi-pajero-sport-indonesia-mekanika (4)

Profil Pajero Sport semakin memukau hasil penggunaan roda 18 inci (Dakar) dan rim 16 inci (Exceed dan GLX).

Kemasan lampu kabus lebih bergaya dan futuristik bersama cermin sisi yang digabungkan dengan lampu isyarat membelok melengkapkan penampilan itu.

mitsubishi-pajero-sport-indonesia-mekanika (9)

Bahagian belakang turut didatangkan dengan kombinasi lampu LED yang unik.

Mitsubishi Pajero Sport dipadankan dengan enjin diesel baharu 4N15 2.4-liter MIVEC pengecas turbo dan Intercooler bagi varian Dakar.

Enjin itu mampu menghasilkan kuasa  181PS @ 3, 500rpm dan tork 430Nm @ 2,500rpm.

mitsubishi-pajero-sport-indonesia-mekanika (2)

Penghantaran kuasa ke roda diserahkan kepada  transmisi automatik 8-kelajuan.

Sementara varian Exceed dan GLX dijana enjin 4D56 2.5 liter Commonrail turbo dan Intercooled DOHC.  Enjin  itu menghamburkan kuasa 136PS @ 4,000rpm dan tork 324Nm @ 2000rpm.

mitsubishi-pajero-sport-indonesia-mekanika (1)

Penghantaran kuasa yang lancar dibantu oleh kotak gear 5-kelajuan. Varian Exceed menggunakan transmisi automatik, manakala GLX ialah manual.

Harga jualan bagi Dakar 4×4 ialah Rp 623 juta (RM186,900), Dakar 4×2 Rp496 juta (RM148,800), Exceed Rp446 juta (RM133,800), dan GLX Rp 495 juta (RM148,500).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button