Buletin

TOYOTA MILIKI PENUH SYARIKAT DAIHATSU

Setelah 18 tahun menjadi pemegang saham terbesar (51 peratus) Daihatsu, akhirnya Toyota menguasai 100 peratus saham Daihatsu menerusi pertukaran saham (shares exchange).

toyota-miliki-saham-penuh-daihatsu-mekanika (2)

Toyota Motor Corp.  akan menjadikan Daihatsu Motor Co. sebagai anak syarikat milik penuh pada Ogos hadapan.

Ini berikutan pengeluar kereta terkemuka dunia itu ingin menyusun semula perniagaan kereta kompaknya. Berikutan permintaan yang tinggi di pasaran-pasaran baru.

toyota-miliki-saham-penuh-daihatsu-mekanika (6)

Berdasarkan laporan Japan Times, Daihatsu dijangka dikeluarkan daripada senarai Bursa Saham Jepun pada 27 Julai.

Toyota berjaya merekodkan jualan yang kukuh di Amerika Utara. Tetapi masih terdapat ruang pertumbuhan dalam pasaran baru seperti India.

toyota-miliki-saham-penuh-daihatsu-mekanika (1)

Justeru, perjanjian tersebut membolehkan Toyota memanfaatkan kekuatan Daihatsu dalam menghasilkan kereta kecil.

Kedua-dua jenama mendapat manfaat ‘menang-menang’ dalam situasi berkenaan. Daihatsu yang memegang saham kira-kira 30 peratus pasaran kereta mini Jepun, boleh menggunakan teknologi canggih Toyota dan mengurangkan kos perolehan.

toyota-miliki-saham-penuh-daihatsu-mekanika (3)

Presiden Toyota, Akio Toyoda berkata  ini adalah peluang bagi kedua-dua pihak untuk berhenti daripada bergerak sendirian.

“Percaya antara satu sama lain untuk memanfaatkan sepenuhnya kekuatan  dan fokus kepada kecekapan masing-masing. Saya percaya ini adalah kunci untuk  mempertahankan daya saing di peringkat global,” katanya.

toyota-miliki-saham-penuh-daihatsu-mekanika (1)

Presiden Daihatsu, Masanori Mitsui pula menyifatkan ini adalah satu kesempatan yang sempurna untuk mengeratkan hubungan dengan Toyota.

Mitsui mengakui bahawa Daihatsu tidak mempunyai sumber yang diperlukan untuk memperluaskan jangkauan global. Biarpun mereka kini berusaha untuk membangunkan kereta mesra alam dan teknologi akan datang seperti pemanduan berautonomi.

“Daihatsu akan menjadi seperti MINI kepada BMW untuk Toyota,” kata Mitsui.

toyota-miliki-saham-penuh-daihatsu-mekanika (5)

Kedua-dua Presiden berkenaan menegaskan bahawa jenama Daihatsu akan kekal selepas perjanjian pembelian itu.

Daihatsu merupakan pengeluar kereta massa tertua di Jepun. Ia  dibangunkan pada 1907 dengan nama Hatsudoki Seizo. Nama Daihatsu mula digunakan pada penghujung 1951.

toyota-miliki-saham-penuh-daihatsu-mekanika (7)

Kolaborasi antara Toyota dan Daihatsu dimulai pada 1967.  Selepas 31 tahun, Toyota menjadi perusahaan induk Daihatsu dengan menjadi pemegang saham terbesar. Hingga kini kolaborasi antara Daihatsu dan Toyota membuahkan banyak produk kembar seperti Rush, Passo dan Avanza.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button