Buletin

PEUGEOT 3008 DINOBAT SEBAGAI EUROPEAN CAR OF THE YEAR 2017

Peugeot 3008 dinobatkan sebagai penerima anugerah yang cukup didambakan iaitu European Car of the Year (ECOTY) 2017. 3008 mengalahkan enam lagi finalis lain termasuklah Alfa Romeo Giulia dan Mercedes-Benz E-Class. 
SUV tersebut mengumpul sebanyak 319 mata. Sekali gus berada di hadapan Giulia (296 mata) dan E-Class (197 mata). Tempat keempat pula diisi oleh Volvo S90/V90 dengan skor 172 mata, Citroen C3 (166 mata), Toyota C-HR (165 mata) dan Nissan Micra, 135 mata.

3008 merupakan SUV pertama yang memenangi anugerah itu sejak ia diperkenalkan pada tahun 1964. Kemenangan tersebut turut mewakili era baru pembuat kenderaan dari Perancis itu dari segi reka bentuk dan teknologi. Setakat ini, 3008 sudah menerima lebih 100,000 tempahan.

Ia juga menjadi kemenangan kelima buat Peugoet untuk anugerah sama selepas 308 pada tahun 2014, 307 (2002), 405 (1988) dan 504 pada tahun 1969.

Panel juri European Car of the Year 2017 terdiri daripada 58 wartawan pemotoran dari 22 buah negara Eropah. Undian terakhir dilakukan secara langsung di acara Geneva International Motor Show 2017.

Anugerah tersebut diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif Peugeot, Jean-Philippe Imparato. Antara kriteria yang diambil kira ialah reka bentuk, ciri keselamatan, inovasi dan nilai kepada wang.

“Kami sangat gembira. Ini adalah momen yang cukup istimewa dan saya bangga untuk menerima anugerah ini untuk Peugeot 3008,” kata Imparato.

3008 melakukan debut pertama pada Paris Motor Show 2016. Sejak itu, ia mendapat perhatian meluas daripada peminat SUV di seluruh dunia. SUV generasi kedua itu dibina di atas platform EMP-2. Peugeot menawarkan 3008 dengan lapan pilihan enjin iaitu tiga enjin petrol dan lima enjin diesel.

Pengedar kenderaan Peugeot di Malaysia, Nasim sebelum ini dilapor bakal memperkenalkan 3008 pada suku kedua tahun 2017. Tunggu…

BACA: NASIM PERKENAL 208 GTi BAHARU – RM143,888 OTR

BACA: TRAK PIKAP PEUGEOT-CITROEN

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button