Buletin

RS SUPER TRUCK & BUS BUKA PUSAT 3S TATA  DI BIDOR

RS Super Truck & Bus telah membuka pusat 3S Tata di Bidor, Perak. Ia menjadi bukti komitmen DRB-HICOM Commercial Vehicles Sdn Bhd (DHCV) sebagai pengedar kenderaan Tata dalam mengukuhkan lagi jenama Tata di Malaysia.

RS Super Truck & Bus telah dilantik oleh DHCV sebagai pengedar sah 3S Tata pada Disember 2016. Kemudahan 3S ini mampu meningkatkan jualan dan memberi  sokongan selepas jualan kepada pemilik Tata di Bidor dan kawasan berhampiran.

Bilik pameran tersebut boleh mempamerkan sehingga enam buah kenderaan Tata pada satu-satu masa. Antara model yang dipamerkan ialah Tata Xenon Double & Single Cab Pick-up, Ultra 512 (GVW: 5,000kg), Ultra 1012 (GVW: 10,400kg), Prima 4×2 dan Prime Mover 6×4.

DHCV LANCAR MODEL BAHARU TATA

Pusat 3S itu dilengkapi peralatan diagnostik Tata Motors terkini dan semua alat khusus yang diperlukan bagi tujuan penyelenggaraan serta membaik pulih kenderaan.

RS Super Truck & Bus juga merancang untuk membuka satu lagi pusat jualan di Bukit Tengah, Pulau Pinang pada awal tahun 2018. Ini adalah sebagai sebahagian daripada rancangan untuk memasarkan produk Tata secara agresif di wilayah utara.

Tahun lalu, Tata menduduki tempat ke-10 daripada 28 pembekal kenderaan komersial di Malaysia. Ia menyumbang sejumlah 571 unit atau 1.0% jumlah keseluruhan kenderaan komersial (TIV)  yang berjumlah 65,579 unit. 

Hadir semasa majlis perasmian ialah Ketua Bahagian Automotif, Pengedaran dan Pembuatan Automotif & Kejuruteraan DRB-HICOM Berhad, Rohime bin Shafie.

Google ads
Back to top button