
HONDA EX-5 Fi EDISI TERHAD – BERMULA RM5,309 SEUNIT
Sebagaimana yang kita tahu, Honda EX5 sememangnya motosikal lagenda. Ia sudah berada di pasaran tempatan selama 30 tahun dan angka pengeluaran Siri Super Cup ini mencecah 100 juta di seluruh dunia.
Bagi meraikan pencapaian itu, Boon Siew Honda (BSH) bakal melancarkan Honda EX5 Fi Edisi Terhad yang akan didatangkan dalam dua rekaan iaitu Self/Drum/Spoke dan Self/Drum/Cast.

Harus tahu juga bahawa EX5 menjadi motosikal paling lama bertahan di Malaysia. Diperkenalkan pada tahun 1987, EX5 merupakan antara kapcai yang paling penting dalam merintis pengangkutan dua roda pada masa lalu.
Siri Honda EX5 kekal relevan menerusi pengenalan model terbaharu dengan lebih dua juta unit telah dihasilkan dan dijual di dalam negara.

“Pengenalan EX5 Fi Edisi Terhad sebagai tanda sumbangan kami ke arah pencapaian pengeluaran sebanyak 100 juta unit dalam Siri Super Cub di peringkat global,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan BSH, En. Nobuhide Nagata.
Honda EX5 Fi Edisi Terhad dikuasakan oleh enjin empat lejang bersesaran 109.1cc dengan sistem penyejukan udara. Dijana sistem bahan api PGM-Fi Honda, ia mampu menghasilkan kuasa 8.35hp pada 7,500rpm dan 8.4Nm tork pada 6,000rpm.

Honda EX5 Fi Edisi Terhad akan didatangkan dalam dua rekaan pada harga bermula RM5,309.54 (Self/Drum/Spoke) dan RM5,563.94 (Self/Drum/Cast). Ini ialah harga asas termasuk GST.
Maklumat lanjut berkenaan EX5 Fi Edisi Terhad, sila layarai laman Facebook: www.facebook.com/HondaMotorcyclesMalaysiaBoonSiewHonda atau hubungi talian Bebas Tol di 1800-88-3993 (Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 5 petang, kecuali cuti umum).
GALERI
























