BuletinMotosikal

SUZUKI GSX250R SUDAH TIBA, MAAF BUKAN DI SINI TETAPI DI UK

Apa khabar motosikal Suzuki di Malaysia? Berita sebelum ini mengatakan Suzuki sudah menghentikan operasinya di dalam negara. Benar, memang sudah dihentikan tetapi untuk motosikal berkuasa kecil dan sederhana sahaja. 

Pejabat Suzuki Asemblers Malaysia masih lagi beroperasi di Prai, Pulau Pinang tetapi dengan fokus pada motosikal berkuasa tinggi. Laman web Suzuki Malaysia memaparkan pelbagai motosikal dari skuter maxi Burgman 400 ABS hingga Hayabusa GSX1300 ABS.

Bagaimana pula dengan motosikal lain? Tinjauan di laman FB menunjukkan ada nada seperti mahu menawarkan semula varian produk yang semakin berkembang seperti dalam kategori 250 cc.

Bercakap mengenai motosikal 250 cc, mungkin ada yang tertanya tentang GSX250R. Motosikal dengan kuasa 25 PS dan tork 23.4 Nm dari enjin bersesaran 248 CC sudah pun dipasarkan. Maaf, bukan di sini tetapi di United Kingdom.

Suzuki GSX250R mengabungkan rekabentuk yang menarik, sporty dan lincah yang dipadankan bersama ciri-ciri ergonomik selari dengan konsepnya sebagai motosikal untuk bergerak dalam trafik bandar atau pulang ke rumah di pinggir bandar melalui jalan berliku.

Suzuki GSX250R hanya ditawarkan dalam warna tunggal iaitu Pearl Nebular Black dan ia berharga (RRP) GBP 4,299 atau RM 24,067.58.

Lagi bacaan menarik tentang motosikal Suzuki:

SUZUKI VINTAGE PARTS – PROGRAM ALAT GANTI MOTOSIKAL LAMA OLEH SUZUKI

SUZUKI GSX1000SD KATANA SUDAH SEDIA UNTUK BERLUMBA!

Google ads
Back to top button