Buletin

TAWARAN KADAR FAEDAH SERENDAH 0.28% SETAHUN UNTUK MODEL VOLKSWAGEN 

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini memperkenalkan kadar faedah rendah istimewa untuk model  Vento Trendline, Comfortline dan ALLSTAR serta Passat Trendline dan Comfortline. 

Promosi yang bakal berakhir pada 30 September depan itu hanya sah bagi pinjaman sewa beli selama lima sehingga sembilan tahun sahaja. Bagi model Vento, kadar faedah yang ditawarkan adalah serendah 0.28 peratus dan Passat (0.88 peratus).

Lebih menarik, pembelian berkenaan juga didatangkan dengan penyelenggaraan percuma  selama lima tahun yang sah sehingga 30 September.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata promosi itu adalah sebahagian daripada usaha VPCM untuk memenuhi keperluan pelanggan.

“Kami sentiasa mencari alternatif bagi menawarkan pilihan terbaik kepada pengguna. Kami percaya kombinasi pembiayaan menarik, penyelenggaraan percuma dan kejuruteraan Jerman akan memberikan ketenangan minda kepada pemilik,” ujarnya.

Kadar faedah rendah adalah seperti berikut:

Model  5 tahun 7 tahun 9 tahun
Vento 

– Trendline

– Comfortline

– ALLSTAR

0.28% 0.88% 1.28%
Passat 

– Trendline

– Comfortline

0.88% 1.28% 1.68%

Maklumat lanjut, sila kunjungi pengedar sah Volkswagen berhampiran atau layari laman web: www.volkswagen.com.my

Google ads
Back to top button