Buletin

TOYOTA YARIS GRMN GUNA ENJIN SUPERCHARGED 1.8 LITER BERKUASA 205hp

Toyota telah mengesahkan bahawa varian Yaris hatchback berprestasi tinggi akan dibekalkan dengan enjin empat silinder supercharged bersesaran 1.8 liter.

Lebih dikenali sebagai Yaris GRMN, jentera itu akan melakukan debut pada acara Geneva Motor Show 2017 bulan depan. GRMN itu sebenarnya bermaksud ‘Gazoo Racing Masters of the Nurburgring’.

Sebelum Yaris, nama divisyen rali Toyota itu pernah digunakan pada jentera jalanan edisi terhad Toyota yang lain. Antaranya ialah GT86, Yaris 2013 (Vitz) dan iQ yang dijual secara eksklusif di pasaran Jepun.

Walaupun mempunyai nama yang sedikit pelik, enjin penuh kuasa itu dijangka menjadi modal penting untuk menjual varian Yaris GRMN. Menurut Toyota, enjin itu mampu menjana kuasa mencecah 205hp.

Sekali gus mampu menjadi pesaing kepada model-model seperti VW Polo GTI dan Ford Fiesta ST yang juga bakal diperkenal di Geneva Motor show 2017.

Kuasa itu membolehkan jentera kompak tersebut memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa 6.5 saat sahaja. Untuk tampil lebih sporty, model itu hanya didatangkan dalam model tiga pintu.

Dari segi penampilan, Yaris GRMN jelas menonjol dengan rekaan bodykit yang agresif, wing belakang besar pada bahagian bumbung dan pelekat berinspirasikan perlumbaan. Tidak ketinggalan rim berwarna hitam dan ekzos besar yang disepadukan dengan bampar belakang.

BACA: TOYOTA KEMBALI SERTAI WRC

BACA: TOYOTA YARIS TRD SPORTIVO

Google ads
Back to top button