Buletin

TRIPPY TIPPY HIPPY VAN – KOMBI SENGET UNTUK PERLUMBAAN

Jika ada satu perlumbaan yang menggabungkan kereta-kereta pelik tentunya ia perlumbaan 24 jam LeMons (bukan Le Man tau). Contohnya ialah Volkswagen Kombi senget yang ada dalam video di bawah. Ia lebih merupakan perlumbaan yang kreatif menggunakan kereta-kereta bajet.

Kombi senget ini merupakan hasil ciptaan pelumba kreatif, Jeff Bloch yang juga dikenali dengan nama Speedycop. Bloch cukup terkenal dengan kereta hasil ciptaan beliau yang pelik sebelum ini contohnya dengan bentuk sebuah Camaro dalam keadaan terbalik, helikopter, kapal terbang Cessna dan gerai hot dog. Ciptaan beliau kali ini dinamakan Trippy Tippy Hippy Van. Ia merupakan sebuah Volkswagen Kombi yang kelihatan seakan mahu terbalik.

Ia sebenarnya merupakan sebuah Volkswagen Rabbit (Golf untuk pasaran Amerika Syarikat) tahun 1988 dengan dengan enjin GTI 1.8-liter 16-injap yang kemudiannya diserkup dengan panel-panel badan Volkswagen Kombi Campervan 1975.

BACA: KISAH LAGENDA BAS MIKRO VOLKSWAGEN – YANG MANA SATU? KOMBI ATAU BUS?

Untuk memudahkan penglihatan, Bloch dan pasukannya menggunakan kepingan vinil dengan pandangan sehala sebagai ganti cermin kereta. Jika dilihat dari luar ia seakan panel badan kereta biasa tetapi sebenarnya boleh dilihat dari dalam ke luar. Ia kelihatan seperti sebuah Kombi yang benar-benar senget. Malah mereka turut mencetak imej bahagian bawahnya yang cukup realistik.

Menariknya walaupun ia kelihatan agak berat, Bloch mengatakan kereta ini mempunyai cengkaman yang baik dan mampu dikawal di atas litar perlumbaan. Ia membuatkan perlumbaan ini cukup menarik apatah lagi bila dua tayar terangkat sewaktu mengambil selekoh. Saksikan sahaja pautan video di bawah.

Google ads
Back to top button