" "
Artikel Pilihan

BYD AKAN BEKALKAN BATERI LFP BLADE KEPADA GM & FORD. BUKTI PENGETAHUAN TEKNOLOGI PENTING

BYD telah mengorak langkah yang lebih besar apabila menandatangani satu perjanjian dengan BorgWarner yang merupakan pembekal peralatan komponen OEM kepada Ford dan GM dalam satu rangka kerjasama strategik

Kerjasama ini akan dibuat menerusi FinDreams iaitu salah satu cabang perniagaan BYD yang mengkhususkan pembangunan dan penghasilan bateri lithium ferrous phosphate blade. Perjanjian ini akan memberikan BorgWarner sebagai pemain OEM tunggal untuk menghasilkan semula bateri Blade LFP tanpa perlu mengimport daripada China lagi bagi kegunaan kenderaan komersial

Kerjasama dengan BorgWarner ini adalah selama 8 tahun dengan melibatkan Amerika, Eropah dan juga Asia Pasifik. BYD juga akan memberi akses kepada BorgWarner termasuklah teknologi bateri, rekaan dan juga kaedah penghasilan bateri LFP.

Salah satu faktor yang menjadikan BYD sebagai pilihan ialah pengalaman penghasilan bateri selama 20 tahun dan juga kadar penembusan teknologi bateri LFP di peringkat global sebanyak 41%. Pesaing BYD adalah CATL dengan pegangan pasaran sebanyak 33.9%

Teknologi bateri LFP yang dimiliki oleh BYD membolehkan syarikat ini mengatasi jualan Tesla pada 3 bulan terakhir tahun 2023. Kerjasama BYD dengan BorWarner adalah serentak dengan kerjasama yang dibuat oleh BorgWarner dengan Xpeng bagi membekalkan motor dan stator bagi model MPV X9 bermula suku ke 3 tahun 2024.

Selain GM dan Ford, bateri LFP buatan BYD telah digunakan pada sesetengah model kereta elektrik Tesla, Kia, Hyundai dan juga Toyota membuktikan pembangunan teknologi bateri adalah penting dalam pembangunan kereta elektrik

Pada bulan April 2023, BYD telah melancarkan kereta elektrik termurah iaitu Seagull dan akan dijenamakan semula sebagai Dolphin Mini untuk pasaran Amerika Selatan. EV kompak ini datang dengan panjang 3780mm, lebar 1715mm dan jarak antara roda 2500mm. Untuk pasaran Uruguay Seagull diberikan 2 pilihan varian tapi dengan motor elektrik menjana 74 kuasa kuda dan 135Nm tork

Varian EV300 dan EV400 menggunakan bateri LFP tapi dengan kapsiti berbeza. EV 300 dipasang dengan bateri 30.8kWh dan jarak perjalanan sejauh 300km. Untuk EV400 dengan bateri 38kWh datang dengan jarak perjalanan 380km.

Sistem pengecasan AC menggunakan tetapan 7kW tapi bagi varian EV400 menggunakan DC 40kW manakala EV 300 menggunakan 30kW. Untuk pasaran China, BYD Seagull dijual pada julat harga RM 49,000 ke RM 60,000.

Google ads
Back to top button