
BYD ATTO 3 2024 HADIR DENGAN KEMASKINI BAHARU – SKRIN 15.6-INCI, WARNA COSMOS BLACK, HARGA BERMULA RM149K
Sime Darby Motors selaku pengedar rasmi BYD di Malaysia secara rasmi memperkenalkan BYD Atto 3 2024, menerima kemas kini baharu dari segi luaran dan dalaman.
BYD Atto 3 facelift 2024 menerima grafik hitam baharu pada tiang-D selain, tulisan ‘BUILD YOUR DREAMS’ kini digantikan dengan logo BYD.
Di dalam pula, ia hadir dengan pilihan dua tema warna iaitu Black-Dark Blue atau Dark Blue-Light Grey termasuk tambahan warna badan Cosmos Black baharu.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan pengecas tanpa-wayar, skrin infotainment 15.6-inci, lebih besar berbanding sebelum ini, 12.8-inci serta masih menerima ketersambungan Android Auto/ Apple CarPlay.
Secara mekanikal, tiada perubahan dilakukan, masih dijana oleh motor elektrik di hadapan, menghasilkan 201hp dan 310Nm tork.
Menerusi bateri LFP (lithiup iron phosphate), ia menawarkan jarak gerak 345km (kitaran WLTP).

Untuk pengecasan, BYD Atto 3 2024 menyokong pengecasan AC 7kW dan DC sehingga 70kW, selain mempunyai fungsi V2L.
Beralih pada harga, BYD Atto 3 2024 boleh dimiliki pada harga bermula RM149,800.
GALERI:















- BACA: BYD SEAL PREMIUM, PENCABAR TESLA MODEL 3?
- BACA: PESAING FORD RANGER, TOYOTA HILUX, BYD SHARK DILANCARKAN TAK LAMA LAGI
- BACA: BYD PENAJA RASMI UEFA EURO 2024, SIME DARBY TAWAR KEMPEN MENARIK, BERPELUANG MENANGI TIKET FINAL ATAU SEMI-FINAL!
- BACA: BYD SEAL HONOR EDITION DIJUAL DENGAN TANDA HARGA RM165K, CETUS PERANG HARGA

