Buletin

ANAK LUAH RASA SEDIH DAN KECEWA – GAJI RM1.5K, MAK BAPAK DESAK BELI KERETA HONDA

Baru-baru ini tular ciapan di Twitter apabila seorang anak muda mendedahkan bahawa merasa tertekan selepas didesak oleh ibu bapanya untuk membeli kereta jenama Honda.

“Gaji saya hanya RM1,500, tetapi ibu bapa saya terus mendesak supaya beli kereta Honda; mereka mengatakan itu adalah kereta idaman mereka, tetapi saya tahu bahawa saya tak mampu,” luah seorang anak tanpa mendedahkan identiti.

Luahan tersebut dikongsikan melalui mesej peribadi Twitter @ConfessTweet.

Menerusi perkongsian itu, dia turut menyatakan bahawa ibunya merupakan seorang suri rumah, sementara bapanya tidak bekerja kerana masalah kesihatan.

Di samping itu, dia juga berasa kecewa kerana sering dibandingkan dengan kejayaan anak orang lain.

“Ringkasannya, saya sebagai anak berharap ibu bapa dekat luar sana, instead of cakap bila nak pakai Honda, mungkin lagi baik jika cakap ibu doakan awak kerja bagus dapat beli Honda,”

Ciapan berkenaan mendapat pelbagai reaksi dari pengguna Twitter, meluah rasa simpati serta memberikan nasihat.

“Honda paling mampu milik, BR-V, akan menelan kos sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan secara ansuran dengan pinjaman tujuh tahun, apatah lagi dengan bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus,” komen netizen.

“Mustahil untuk mendapat pinjaman dengan gaji itu melainkan dia boleh mengeluarkan 40 peratus bayaran pendahuluan,”

“Ingatkan anak muda je kena sindrom Honda ni, mak bapak pun sama. Pakai je lah kereta apa pun, jangan terlalu berkira sangat status nak orang pandang bagai, hidup tenang…rezeki kita tak sama,”

“Jangan anon, aku dulu gaji 3k pakai Honda city sebab mak nak. Hujung bulan tinggal RM10 je dalam bank. Explain kat mak elok2, beritahu gaji dan commitment bulan-bulan berapa,” respon netizen. – The Rakyat Post

Google ads
Back to top button