Buletin

VIDEO: SUZUKI EVERY BOLEH MUAT MASUK DALAM MERCEDES SPRINTER?

Mercedes-Benz Sprinter merupakan antara model van yang sangat versatil dan boleh digunakan untuk apa jua tujuan, termasuklah menjadi motorhome.

Saluran YouTube TFLnow baru-baru ini mendedahkan cubaan mereka untuk memuatkan sebuah lagi van ke dalam van sprinter, atau lebih tepat lagi sebuah kei-car yang diimport dari Jepun, iaitu Suzuki Every.

Kru TFLnow diberitahu mereka hanya memerlukan masa 15 minit untuk membuka dan membuang kesemua trim dalam Sprinter tersebut.

Namun disebabkan ini cubaan kali pertama, mereka mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan tugas tersebut.

Tugasan seterusnya, mereka mahu memuatkan sebuah van kei Suzuki Every ke dalam Sprinter.

Dengan menggunakan ramp tugas berat, mereka berjaya membawa masuk Suzuki Every ke dalam van Sprinter biarpun berdepan dengan beberapa cabaran seperti bampar tersangkut pada ramp dan bumbung Every yang bergesel dengan bumbung Sprinter semasa ia dimasukkan ke dalam.

Google ads
"
"
Back to top button