Artikel Pilihan

DISEBABKAN TRUMP, MERCEDES TERPAKSA BELI ENJIN BMW

Dalam satu perkembangan berita automotif yang pelik, kita mungkin akan melihat enjin BMW kemungkinan besar akan digunakan pada model Mercedes-Benz. Menurut khabar angin yang pertama kali dilaporkan oleh penerbitan Jerman, Mercedes Benz sedang berbincang dengan BMW untuk membeli enjin empat silinder untuk barisannya bermula pada 2027.

Kemungkinan besar BMW akan menawarkan 4 silinder 2000cc pengecas turbo B48 yang digunakan dalam hampir setiap model BMW sekarang. Mercedes Benz akan menggunakan enjin ini sebagai sebahagian sistem PHEV atau range extender, menurut Autocar.

Enjin B48, yang dikeluarkan di Steyr, Austria, juga menawarkan lebih banyak fleksibiliti, kerana ia direka untuk digunakan dalam susun atur menegak dan melintang, menjadikannya sesuai untuk pelbagai model Mercedes kompak dan bersaiz sederhana.

Untuk rekod Mercedes baru sahaja memperkenalkan empat silinder baharu, M252. Ia merupakan enjin terbaru yang ditawarkan dalam model CLA dan dipasangkan dengan sistem hibrid sederhana. Jadi mengapa Mercedes tidak menggunakan enjin ini dan sebaliknya bercadang menggunakan enjin B48?

Jawapan pendek ialah ia bakal dikenakan tarif yang tinggi oleh President Trump menjadikan kos pengeluarannya mahal. Enjin M252 sebenarnya enjin khusus untuk pasaran domestik China, dibangunkan daripada M254/M264 family.

Ia menggunakan kod M252 E20 DEH LA G dengan huruf “G” merujuk kepada Geely / China specific, dan hanya untuk kereta versi panjang (long-wheelbase) yang dibuat oleh Beijing Benz Automotive (BBAC). Ia dihasilkan dan dipasang secara eksklusif di kilang BBAC, Beijing, yang juga buat model-model Mercedes CKD untuk pasaran China.

Enjin ini langsung tidak digunakan di pasaran Eropah atau global. Apabila enjin ini dibina di China, bermakna kos tarif yang berpotensi tinggi untuk model ke AS sekiranya dieksport bagi pasaran Amerika. Alasan kedua ialah enjin M252 ini sebenarnya masih lagi baru dan apabila digandingkan dengan sistem PHEV Mercedes sendiri, ia menunjukkan potensi masalah teknikal khususnya dari segi thermal management, integrasi dengan motor elektrik dan susun atur.

Dalam satu eksperimen awal, Mercedes cuba mengadaptasi enjin ini dalam model PHEV (contohnya A-Class dan C-Class plug-in awal), tapi hasilnya tidak cukup efisien dari segi penggunaan bahan api, memerlukan kos tinggi untuk dihasilkan, dan aspek ketahanan turut dipersoalkan.

Bagi enjin BMW B48 pula, ia adalah enjin yang lama namun telah terbukti lasak dan tidak banyak meragam. BMW telah menggandingkan enjin ini dengan sistem mild hybrid, dan juga PHEV (elektrik dan turbo) bagi menghasilkan trenkuasa yang efisyen, berkuasa tinggi dan boleh diharap untuk jangkamasa yang lama

Khabar angin ini datang ketika Mercedes terus meningkatkan pengeluaran kereta dengan enjin pembakaran dalam di saat jualan dan penggunaan EV yang semakin perlahan di seluruh dunia. Mercedes pernah berjanji pada 2021 bahawa ia akan menggunakan EV sahaja menjelang 2030, sebelum meneruskan janji itu pada 2024. Dalam temu bual tahun lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Ola Källenius berkata teknologi pembakaran dalaman syarikat itu kini akan bertahan sehingga tahun 2030an

Google ads
Back to top button