Buletin

BYD SING KWUNG BUKA PUSAT 3S DI MELAKA

BYD baru-baru ini mengumumkan pembukaan rasmi pusat 3S terbaharunya yang berada di tengah-tengah bandar Melaka.

Diuruskan oleh BYD Sing Kwung Motors, kemudahan baharu ini bertujuan menyediakan perkhidmatan jualan dan lepas jualan kepada pelanggan BYD di kawasan ini.

Dengan kedudukan strategik di Melaka, bilik pameran baharu ini akan memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi kenderaan elektrik BYD serta menyokong kumpulan pelanggan BYD sedia ada.

BYD Sing Kwung bersedia untuk mendukung reputasi BYD yang menjanjikan kecemerlangan perkhidmatan pelanggan, memastikan pengalaman memuaskan pemilik kenderaan BYD sedia ada dan juga bakal pelanggan.

“Pusat 3S yang baru dibuka akan menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuk rundingan jualan, pandu uji kenderaan, dan perkhidmatan lepas jualan,” kata Pengarah Urusan BYD Sing Kwung Motors, En. Ng Sin Yean.

“Pelanggan boleh meneroka model-model terbaharu kenderaan elektrik BYD yang terkenal dari segi kecanggihan teknologi, keunggulan prestasi dan kelebihan ciri-ciri mesra alamnya.”

Tambahnya lagi, pasukan pengedar yang terdiri daripada profesional terlatih bersedia untuk membantu pelanggan memenuhi keperluan automotif, memberikan perkhidmatan sokongan tiada tandingan.

Dengan pembukaan pusat 3S baharu ini, BYD menekankan komitmen kepada pengangkutan lestari dan inovasi di Melaka.

Dengan sasaran mencapai 30 pengedar rangkaian di negara ini menjelang akhir 2024, syarikat berharap terus mengukuhkan kedudukan di rantau ini.

Untuk maklumat lanjut, layari http://byd.simedarbymotors.my/

Google ads
Back to top button