Buletin

XIAOMI SU7 LEBIH MURAH BERBANDING TESLA MODEL 3 – TERIMA 50,000 PESANAN DALAM TEMPOH 27 MINIT

Xiaomi hari ini secara rasmi melancarkan EV pertamanya untuk pasaran China, iaitu sedan elektrik SU7.

Xiaomi SU7 dijual pada harga bermula AS$29,900 (RM141,262), lebih murah berbanding model Tesla Model 3, yang diberi tanda harga AS$34,000 (RM160,576) di China.

Syarikat itu mengumumkan bahawa 27 minit selepas pelancarannya, kereta itu menerima sebanyak 50,000 pesanan.

Xiaomi SU7 ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Pro atau Max.

Ketiga-tiga varian berkenaan didatangkan dalam bateri, rangkaian kuasa serta Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) yang berbeza.

Perincian adalah seperti berikut:

Xiaomi SU7 Standard

  • Jarak gerak 700 km CLTC
  • 73.6kWh BYD LFP Blade battery
  • 400V architecture (486V)
  • Boleh dicas 350km dalam 15 minutes
  • RWD, 295hp, 400Nm tork, motor tunggal
  • Xiaomi Pilot Pro ADAS
  • AS$29,900 (RM141,262)

Xiaomi SU7 Pro

  • Jarak gerak 830km CLTC
  • 94.3kWh CATL Shenxing battery (LFP)
  • 400V architecture (486V)
  • RWD, 295hp, 400Nm tork
  • AS$34,000 (RM160,576)

Xiaomi SU7 Max Performance

  • Jarak gerak 800km CLTC
  • 101kWh CATL Qilin (NMC)
  • 800V architecture (871V)
  • Xiaomi Pilot Max ADAS
  • AWD, 663hp, 838Nm tork, dual motor
  • AS$41,500 (RM195,994)

Di China, Xiaomi SU7 akan bersaing dengan pelbagai model sedan elektrik sepenuhnya dalam julat harga tersebut, seperti BYD Seal, BYD Han, Deepal SL03, Xpeng P7i atau Nio ET5.

Google ads
Back to top button