
CABARAN ISUZU V-CROSS ADVENTURE
Bermula pada 10 hingga 13 Oktober depan, sembilan orang rakyat Malaysia berpeluang mengharung cabaran bersama selebiriti pilihan serta memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 dalam program Isuzu V-Cross Adventure!
Justeru, Isuzu kini sedang mencari enam pasukan untuk menyertai Isuzu V-Cross Adventure yang akan diadakan di Teratak Riverview, Perak. Selebriti yang akan mengamil bahagian pula ialah Ben dan Hafiz daripada FlyFM serta pelakon Diana Danielle. Mereka akan memilih tiga peserta bertuah untk membentuk kumpulan dan mengharung cabaran yang telah disediakan.
Sepanjang pertandingan tersebut, para peserta akan merasai sendiri keupayaan, penjimatan bahan api dan tahap keselamatan trak pikap Isuzu D-Max V-Cross 3.0. Siri realiti itu sebenarnya diadakan sempena pelancaran model Isuzu D-Max V-Cross dan D-Max V-Cross 3.0 Safari baru-baru ini.
Kekuatan mental dan fizikal para peserta bakal diuji. Pengembaraan itu juga akan direkod dan dimuat naik ke saluran YouTube rasmi Isuzu sebagai sebahagian daripada siri realit dalam talian.
Isuzu V-Cross Adventure ditaja bersama oleh Arnold Palmer, Van Heusen dan Beverly Hills Polo Club, serta disokong oleh Fly FM.
Jika berminat, sila hantarkan video uji bakat dan perkenalkan diri dengan cara paling kreatif sebelum 30 September. Hantarkan vieo tersebut ke entries@isuzu.net.my. Nama mereka yang terpilih akan diumumkan menerusi media sosial dan dihubungi pada 2 Oktober 2012.
Peminat Ben dan Hafiz boleh mendengar siaran radio Fly FM bermula 15 hingga 28 September untuk peluang menyertai pasukan mereka dengan menghantar penyertaan menerusi laman web Fly FM. Kalau berminat menjadi ahli pasukan Diana Danielle, hantarkan sahaja video anda ke laman Facebook pelakon tersebut.
Selain daripada itu, siri jelajah Isuzu akan berlangsung sehingga akhir September 2014. Jadi anda boleh menyerahkan penyertaan di lokasi-lokasi berikut:
- KSL City Mall, Johor (19hingga 21 September 2014)
- 1Borneo, Sabah (19hingga 21 September 2014)
- First Avenue, Pulai Pinang (26hingga 28 September 2014)
- The Spring, Sarawak (26hingga 28 September 2014)
Untuk maklumat lanjut mengenai Isuzu V-Cross Adventure, sila layari:
Laman web: http://www.isuzu.net.my/vcrossadventure
Facebook: https://www.facebook.com/ISUZU.DMax.Malaysia
Twitter: https://twitter.com/IsuzuDmaxMy













