Buletin

CABARAN SHELL HELIX

Sebaik mengetahui namanya dipilih untuk bersaing dalam cabaran Can You Handle The Extreme?, Chew Yeah Fah, bertekad untuk melakukan yang terbaik bagi merebut hadiah utama. 

Taking all the mud in its stride

Lebih memberi tekanan, dia merupakan satu-satunya wanita daripada sembilan orang peserta yang berjaya ke peringkat akhir peraduan anjuran Shell Helix itu.

Biarpun begitu, Chew, 30, yang juga seorang jurutera minyak dan gas di Petaling Jaya berjaya mengharungi tiga cabaran dengan cemerlang sebelum diumumkan berjaya merebut hadiah utama, iaitu lawatan VIP lima hari empat malam ke Cape Town, Afrika Selatan dari 27 November hingga 1 Disember depan.

 A Shell Helix contest finalist taking a Nissan Navarra through a water hazard_5

Mengaku kurang arif dalam dunia sukan lasak 4×4, sikap berani dan ingin belajar membuatkan Chew sanggup berjuang tanpa mengira status jantina.

Selain Chew, empat orang peserta lain iaitu Ching Chi Yee, 31, Ho Chee Kin, 33, Ho Yung Shih, 32 dan Sarfarizal Md Saad,36, turut berjaya merebut hadiah utama.

Receiving his certificate from Shell Lubricants Brand and Communications Manager Yu Li-Ching, Gan Yong Li is South Africa-bound after winning the media challenge.

Buat pertama kalinya, seorang wakil media turut dipilih menyertai cabaran di Cape Town. Pertandingan selama dua hari itu bakal menyaksikan peserta diuji dengan pelbagai cabaran yang merangkumi pemanduan ekstrem di off-road. Selain perlu merentasi hutan Afrika yang penuh dengan hidupan liar.

Pengurus Pemasaran Kelompok, Shell Lubricants Selatan Asia Tenggara, Alex Lim berkata, Peraduan Promosi Global Shell Helix telah menjadi acara tahunan dalam pelbagai format interaktif menarik dengan menawarkan ganjaran kepada pengguna setia produk Shell.

Very much at home in the mud

“Saya yakin semua peserta akan mendapat latihan terbaik bagi membantu mereka memahami perihal berkaitan enjin dan cara pengendalian kenderaan dengan betul. Selain pemilihan minyak sesuai untuk mengoptimumkan prestasi enjin kenderaan dalam pelbagai situasi.

“Kami berharap mereka yang mewakili Malaysia akan melakukan yang terbaik dan  mengharumkan nama negara,” katanya.

Tackling the 45-degree slope without hitting any of the markers

Bagi melayakkan mereka dipilih menyertai pertandingan di Cape Town, setiap peserta perlu mengharungi tiga cabaran berbeza dengan memandu trak pikap Nissan Navara di tapak Kuari, Selayang, Selangor.

Cabaran pertama memerlukan peserta memasuki laluan air dan lumpur sedalam satu meter dengan menggunakan mod pemanduan 4L. Kemudian, mereka akan melalui kawasan cerun condong 45 darjah dan mengharung halangan di litar V.

A participant taking the Nissan Navarra pass a rocky stretch_2

Cabaran terakhir, peserta disajikan pelbagai halangan getir di mana mereka perlu mendaki dan menuruni cerun bukit. Mereka harus bijak menggunakan mod pemanduan dan gear yang betul. Jika tidak, jentera akan menghadapi kesukaran ketika mendaki bukit.  Seorang peserta yang layak ke Cape Town, Sarfarizal, menyatakan terkejut selepas namanya diumumkan sebagai pemenang.

Berkhidmat sebagai Jurulatih Komunikasi di Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, dia tidak sangka akan memenangi cabaran itu memandangkan tidak langsung mempunyai pengalaman memandu kenderaan 4×4.

The tough Nissan Navarra

“Saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk membawa balik kejayaan buat Shell Malaysia dan negara,” katanya.

 

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button