Modifikasi

DATSUN 160J DRAG

Adakah anda perasan bahawa watak hero Jepun biasanya bukanlah berotot sasa macam hero Hollywood, lebih kepada orang yang bertubuh kurus. Cuba perhatikan watak-watak samurai atau ninja, mereka semua kurus tetapi cukup lincah ketika berlawan. Kalau pun hero Jepun bertubuh besar, badannya bukannya berotot tapi berlemak – ahli sumo. 

DSC_0354

Kereta-kereta buatan Jepun juga sama konsepnya dengan hero-hero mereka. Lazimnya, Jepun jarang membina kereta yang besar, sama ada dari saiz enjin atau chasisnya. Macam hero mereka juga, kereta-kereta kecil ini biasanya mempunyai kuasa yang sangat tinggi.

Enjin 2,000cc buatan Jepun kadang-kala lebih berkuasa daripada enjin 5,000cc buatan Amerika Syarikat (AS). Tengok sahaja Evo atau Impreza, senang-senang boleh sayurkan Ford Mustang yang mempunyai enjin jauh lagi besar. Saiz bukanlah isu untuk kereta buatan Jepun.

DSC_0327

Jadi tidak hairanlah kalau kereta buatan Jepun cukup digemari untuk dijadikan kereta lumba, termasuklah mereka di negara pembuat enjin V8 terkemuka, AS. Kali ini kita tak payah nak pergi sampai ke sana untuk tengok kereta lumba drag. Cukup sekadar naik Air Asia ke Sabah untuk tengok sebuah kereta drag yang cukup hebat.

Di Sabah, banyak kereta JDM klasik boleh dijumpai berbanding di Semenanjung. Contohnya kereta ini. Anda mesti rasa pelik dan tertanya-tanya, kereta apa ni? Kalau anda nak tau, inilah Datsun 160J versi hatchback dua pintu. Memang rare gila kereta ni. Nasib baik orang Sabah sayangkan kereta-kereta klasik JDM mereka. Jadi, banyak kereta-kereta seperti ini direstorasi sama ada untuk tujuan kegunaan harian atau dijadikan mesin perlumbaan yang hebat.

DSC_0364

Asalnya, Datsun milik Ah Kim ini menggunakan enjin L16 bersesaran 1,600cc dengan sistem karburator berkembar. Pada zaman dahulu, kereta ini boleh tahan juga lajunya. Namun, dunia sudah berubah. Kalau kita tak berubah, kita akan ketinggalan. Ah Kim mempunyai visi hendak menjadikan kereta Datsun klasiknya antara yang paling laju di Sabah. Jadi resipinya mudah, tukar enjin dulu, baru boleh cerita.

Saya memang gembira tengok Ah Kim memilih enjin RB25DET sebagai asas modifikasinya. Di Sabah, asal nak masuk enjin turbo, enjin buatan Toyota selalu jadi pilihan. Sekali-sekala layan enjin Nissan pun okay kan? Enjin RB25DET yang disalin daripada half-cut Nissan Skyline R33 sekali tengok pun dah tau macam-macam benda pemilik dia dah buat tapi tak nak cakap.

DSC_0370

Kalau ikut pada spesifikasi yang ditulis Ah Kim, ubah suai enjin ini macam tak ada apa-apa. Turbo asal enjin diganti dengan turbin Garret AR84 Hybrid dengan wastegate jenis external 50mm. Bahagian intake sudah diganti dengan intake buatan A’PEXi yang juga menempatkan fuel rail jenis custom dengan alat suntikan bahan api 1,180cc.

Semua paip intercooler dan saluran udara dihasilkan daripada keluli tahan karat buatan custom dengan hos penyambung silikon jenama Zap. Di sini juga boleh jumpa injap blow-off Turbosmart yang sememangnya smart.

DSC_0361

Pulley aci sesondol telah digantikan dengan pulley daripada HKS boleh laras. Semua pulley enjin diganti dengan pulley aluminium JASMA bagi meringankan lagi tindak balas enjin. Pam bahan api pilihan ialah buatan Bosch. Hasilnya, dua dua unit pam bahan api Bosch digunakan.

Petrol yang dipam daripada tangki ke enjin dikawal tekanannya oleh penyelaras bahan api SARD. Semua coil ke palam pencucuh telah diganti dengan coil buatan Splitfire. Bagi tujuan penyejukan enjin dan turbo, radiator dan intercooler custom digunakan.

DSC_0372

Enjin yang diubahsuai dengan bermacam-macam aksesori ini ditala menggunakan sistem ECU jenis stand-alone buatan Haltech E6X dan pengawal boost elektronik daripada GReddy. Tahap boost ditala pada tahap sederhana iaitu pada 1.3 bar. Haltech digunakan untuk mengawal secara tepat campuran udara dan bahan api.

Tiada cerita pasal kuasa kuda enjin. Tetapi saya rasa memang tinggi kerana kotak gear asal RB25 tidak lagi digunakan. Sebaliknya diganti dengan kotak gear jenis perlumbaan buatan PPG Dog Leg. Kotak gear pula menggunakan klac perlumbaan OS Giken dan disambung ke gandar belakang yang diubah suai daripada gandar Mitsubishi Pajero. Gandar Pajero ini kemudian disumbat dengan LSD jenis mekanikal yang mampu menampung tujahan kuasa yang tinggi daripada enjin.

DSC_0352

Gandar belakang Pajero memungkinkan Ah Kim untuk menggunakan kombinasi rim aloi 4×4 di belakang bersama tayar jenis slick bagi kegunaan drag, Mickey Thompson berdiameter 15 inci.

Rim depan pula terdiri daripada rim SSR 14 inci, tayarnya ialah Silverstone 185/60/14. Sistem gantungan Datsun ini menggunakan penyerap hentak Nissan Silvia S13 di depan dan penyerap hentak Rancho Pajero pada roda belakang.

DSC_0329

Tayar Mickey Thompson yang tebal itu memaksa Ah Kim mengubah suai arca roda belakang dan membina wheel tub baru. Ruang dalaman kereta pun dah rentung dan roll cage custom dipasang bagi menguatkan lagi badan kereta.

Papan pemuka sudah tak diperlukan. Hanya meter-meter Blitz dan Auto Meter dipasang bagi memberi bacaan yang diperlukan pemandu. Tempat duduk tunggal ini jenama GTS dan dipasang dengan tali keledar perlumbaan Sabelt.

DSC_0355

Bahagian luar kereta dikekalkan standard. Cuma bampar belakang kereta ditanggalkan bagi mengurangkan berat. Sebuah spoiler custom dipasang pada bahagian belakang kereta bagi menstabilkannya ketika memecut.

Saya tabik sebab kereta ini dari luar nampak cantik. Kerja restorasi badannya agak sempurna, walaupun kereta ni hanya digunakan sewaktu perlumbaan dan bukannya untuk tujuan pameran.

DSC_0359

Projek macam ini selalu membuatkan saya tertanya-tanya, bila agaknya Malaysia nak ada litar drag sendiri?

[hr] Spesifikasi

Pembuat / Model: Datsun 160J

Enjin Asal: L16 1,600cc

Ubah suai enjin: RB25DET, turbo Garret AR84 hybrid, wastegate 50mm, injap blow-off Tial, intercooler custom, intake A’PEXi, fuel rail custom, alat suntikan bahan api 1180cc, penyelaras bahan api SARD, pam bahan api Bosch x 2, coil Splitfire, cam pulley HKS, crankpulley JASMA

Sistem ekzos: Manifold GReddy, paip ekzos 4” custom

ECU: Haltech E6X, pengawal boost GReddy

Kotak gear: PPG dog leg, klac OS Giken, gandar belakang Mitsubishi Pajero dengan LSD

Sistem gantungan: Depan (Silvia S13), belakang (Rancho)

Sistem Brek: Depan (Silvia S13), belakang (Pajero)

Rim/tayar: SSR 14” / Silverstone 185/60/14 (depan) Rim 4×4 15” / 15” Mickey Thompson slick penuh (belakang)

Dalaman: Roll cage custom, meter Blitz & Auto Meter, tempat duduk GTS, tali keledar Sabelt

Luaran: Standard 160J, spoiler belakang custom

Bengkel: Hua Dat Auto Service

[hr] Galeri 

DSC_0353DSC_0356DSC_0338DSC_0362DSC_0374DSC_0365DSC_0366DSC_0371DSC_0376DSC_0378DSC_0379DSC_0384DSC_0390DSC_0392DSC_0397DSC_0399DSC_0401

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button