BuletinMotosikal

CABARAN Y15ZR, HELMI NEKAD MAHU CATAT KEMENANGAN BEGANDA DI ARRC INDIA

Mohd Helmi Azman menyasarkan untuk sekali lagi meraih podium berganda dalam saingan Underbone 150cc pada Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Lumba Motor Madras, Chennai, India pada 22 hingga 24 September ini.

Pelumba Onexox TKKR Racing itu berkata dia yakin mampu mengulangi pencapaian meraih tempat ketiga dalam Perlumbaan 1 dan muncul naib juara dalam Perlumbaan 2 pada aksi pusingan keempat di Litar Antarabansa Sentul, Indonesia, Ogos lepas.

“Aksi saya pada musim ini agak konsisten kecuali sewaktu di Suzuka. Dua podium yang diraih di Indonesia meningkatkan keyakinan saya untuk sekali lagi menaiki podium pada minggu ini,” jelas Helmi yang kini berada di tangga keempat keseluruhan dengan 87 mata.

BACA: TREK SENTUL KE BENDANG?

“Pasukan juga menyediakan jentera yang bagus. Cuma keadaan litar sepanjang 3.717 kilometer itu agak asing bagi saya dan pasukan namun kami yakin dapat menyesuaikan diri dengan cepat.”

Selepas empat pusingan, rakan senegara, Md Akid Aziz (UMA Racing Yamaha Maju Motor) mendahului carta keseluruhan dengan 131 mata diikuti pelumba Indonesia, Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha Racing Indonesia) kedua, 115 mata dan Md Izzat Zaidi Salehan (RCB Kage Motobatt Yamaha YY Pang Racing) ketiga, 94 mata.

Kali terakhir saingan ARRC berlangsung di Litar Lumba Motor Madras, Chennai adalah pada tahun 2013.

Google ads
Back to top button