Buletin

SUBARU WRX STI TYPE RA NBR SPECIAL INI HANYA 0.5 SAAT DI BELAKANG PORSCHE 918 SPYDER DI NURBURGRING!

Mencatat rekod di litar Nurburgring adalah impian hampir semua pengeluar di seluruh dunia. Membuat rekod di sini bolehlah kalau nak mendabik dada sebab bukan senang dan catat masa terpantas kerana anda mungkin hanya pegang rekod untuk kurang satu bulan sahaja.

Ini pula hasil usaha Prodrive yang membangunkan sebuah model one-off yang TIDAK dibina untuk produksi. Dikenali dengan nama WRX STI Type RA NBR Special ia memang direka untuk Nurburgring sahaja.

BACA: MOTOSIKAL DENGAN ENJIN SUBARU

Prestasi kereta ini di “Neraka Hijau” sangat mengejutkan. Ia mencatat 6:58.9 saat dan untuk rekod, ia hanya 0.5 saat kurang daripada Porsche 918 Spyder.

Sti istimewa ini dipandu oleh Richie Stanaway dan tidak seperti sangkaan ramai orang, ia masih menggunakan asas enjin empat selinder 2.0 liter tetapi telah ditala sehingga 600 kuasa kuda menerusi sistem pengambil (intake) baru dan tekanan boost melebihi 2.0 bar.

Ia adalah kereta biasa dari model WRX Sti keluaran 2017. Bagi tujuan ujian masa ini, ia dilengkapi sangkar perlumbaan lengkap, transmisi spesifikasi WRC, tayar yang lebih lebar, sayap belakang bersama diffuser di bawah bampar dan keseluruhan badan yang diringankan.

Kelajuan terteingginya ialah 288 km/j.

Saksikan video dash cam di bawah

 

 

 
 
Google ads
Back to top button