Buletin

CADILLAC SOLLEI CONCEPT – CONVERTIBLE ELEKTRIK DENGAN GAYA MEWAH

Cadillac memperkenalkan kenderaan konsep Sollei, sebuah ekspresi reka bentuk muktamad bagi model convertible elektrik mewah yang dibina secara istimewa oleh pembuatnya. Reka bentuk imaginatif ini menolak sempadan rekaan seperti kelaziman yang disesuaikan untuk mencerminkan minat yang unik daripada pelanggan.

Nama Sollei ini dipilih berdasarkan takrifan yang membawa erti matahari (‘SOL’) dan lapang (‘LEI’), sekali gus memberi erti Sollei yang mewakili inspirasi optimis Cadillac untuk gaya hidup yang santai dan terbuka.

Model Cadillac Sollei berkonsepkan model convertible elektrik sepenuhnya dengan kapasiti tempat duduk 2+2 dilengkapi dengan skrin mega bersaiz 55 inci pilar ke pilar, rekaan dalaman yang mengagumkan, korografi pencahayaan luaran, dan juga konsol arahan hadapan dan belakang yang intuitif.

Secara asasnya Cadillac Sollei adalah merupakan model Cadillac Celestiq tanpa bumbung dengan hanya mempunyai dua pintu. Mungkin rekaan gril yang bercahaya di bahagian hadapan serta bampar mirip benar dengan model Celestiq.

Rekaan pilar A juga jelas berkongsi sama diantara Celestiq dan juga Sollei. Begitu juga dengan jarak roda dan panjang keseluruhan yang serupa diantara Sollei dan Celestiq. Cumanya bila telah dijelmakan sebagai Sollei ini kesemuanya kelihatan cukup sempurna untuk sebuah model convertible yang ultra mewah. Entah mengapa, sekali imbas ianya seperti model klasik keluaran Cadillac di era lampau terutamanya apabila ianya dilayangkan dengan warna Manila Cream, warna yang sering digunapakai oleh Cadillac pada era 50an.

Memberikan sedikit kontra terhadap warna badannya adalah penggunaan rim bersaiz 23 inci yang mungkin sedikit besar apatah lagi apabila ianya menggunakan kemasan warna perak yang cukup menyerlah dari jauh.

Kabin berkongsi warna kuning yang sama seperti bahagian luar, yang turut dipadankan dengan warna tan kayu yang cerah. Corak kayu pada bahagian belakang tempat duduk serta jahitan dan tebuk pada kusyen tempat duduk bertujuan untuk meniru sunburst. Sementara itu tempat duduk dibalut kulit Nappa disalut dengan pigmen berwarna merah jambu yang dikatakan oleh Cadillac bagi menghasilkan “kesan matahari terbit yang berubah warna secara halus.”

Di antara tempat duduk belakang terdapat ruangan penyejuk bersepadu dengan pintu kaca berkuasa, menyimpan botol minuman di dalamnya. Juga terdapat Pencahayaan ambien dalaman dengan 126 pilihan warna dan beberapa zon yang boleh dilaraskan secara berasingan.

Dari segi trenkuasa walau pun tidak dinyatakan namun adalah dipercayai ianya menggunakan pek bateri Ultium sama seperti yang digunakan pada model Lyriq.

BACA : CADILLAC ESCALADE IQ – APABILA SUV LEJEN AMERIKA DI-ELEKTRIK-KAN

BACA : CADILLAC CELESTIQ – EV ULTRA MEWAH UNTUK GOLONGAN BANGSAWAN

Google ads

B K

"
"
Back to top button