AUTOMECHANIKA KUALA LUMPUR 2024 PAMER TREND TERKINI – ZON PENYELESAIAN MOBILITI AUTOMOTIF, TEKAN ASPEK ESG
Automechanika Kuala Lumpur 2024 yang berlangsung pada 1-3 Ogos 2024 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) bakal memperkenalkan Zon Penyelesaian Mobiliti Automotif dan menampilkan pelbagai trend terkini dalam elektrifikasi, pendigitalan, penerapan AI, pembuatan automotif, automasi, serta penambahbaikan logistik dan rantaian bekalan.
Menurutnya, zon ini juga akan menekankan aspek kelestarian dan ESG (Environmental, Social and Governance) yang semakin mendapat perhatian industri.
Antara pameran menarik termasuklah Henkel yang mempamerkan penyelesaian terkini dalam pengurusan haba, bahan pengedap, dan sistem pemacu elektrik.
Selain itu, LAUNCH akan mempersembahkan kabel ujian bateri untuk pelbagai jenama kenderaan tenaga baharu, manakala Materialise Malaysia memperkenalkan teknologi cetakan 3D yang mesra alam untuk pembuatan automotif.
Pameran ini juga akan menampilkan jenama-jenama terkemuka dalam pelbagai zon lain seperti Zon Kenderaan Komersial & Pengurusan Kenderaan dan Zon Pembaikan, Penyelenggaraan & Penjagaan Automotif / Badan & Cat / Aksesori & Pengubahsuaian.
Antara jenama turut serta ialah OBD, Emerald Auto Parts, Bavarian Auto, dan Autel Malaysia, yang akan mempersembahkan pelbagai alat diagnostik, alat pengimbasan canggih, serta perkhidmatan penyelenggaraan.
Automechanika Kuala Lumpur 2024 turut menarik perhatian global dengan kehadiran pengunjung profesional dari lebih 45 negara dan wilayah.
Acara ini bukan sahaja menawarkan pameran, malah pelbagai program sampingan seperti persidangan, bengkel latihan, serta simposium yang akan memperkayakan pengalaman peserta serta memberi peluang untuk bertukar maklumat dan kemahiran terkini.
Dengan pelbagai aktiviti dan inovasi yang ditampilkan, Automechanika Kuala Lumpur 2024 dijangka menjadi medan pertemuan utama bagi pemain industri automotif dalam memperkukuh hubungan dan menerokai peluang baru.