Buletin

CALTEX LANCAR HAVOLINE PRO DS

Chevron Malaysia Limited baru-baru ini memperkenalkan minyak pelincir generasi kelimanya, Havoline® ProDS™ Fully Synthetic ECO 5 SAE 5W-30.

SONY DSC

Diformulasikan dengan teknologi untuk mengurangkan geseran pada komponen enjin, minyak enjin ini mematuhi standard terkini ILSAC GF-5 untuk memberikan lebih penjimatan bahan api.

Produk terbaharu ini hadir dalam pek empat liter dan sudah boleh didapati di stesen-stesen servis Caltex, bengkel kereta Havoline dan kedai-kedai alat ganti.

caltex-havoline-mekanika (7)

“Minyak enjin Havoline® ProDS™ Fully Synthetic ECO 5 SAE 5W-30 dengan teknologi Highest Protection Deposit Shield® yang menawarkan penyelesaian  terbaik untuk para pengguna.

Sempena meraikan ulang tahun ke-111, Caltex juga melakukan penjenamaan semula ke atas semua produknya. Didatang dengan rekaan pakej yang lebih moden, ia merangkumi minyak enjin Havoline® ProDS™, minyak enjin kereta, motosikal dan produk sampingan lain seperti cecair penyejuk, minyak gear serta brek.

caltex-havoline-mekanika (6)

“Kami yakin pengguna di Malaysia akan memperoleh manfaat daripada tawaran baharu ini. Selain memastikan kenderaan mereka dapat beroperasi dalam prestasi terbaik,” kata Pengurus Kluster Perniagaan Chevron Lubricants, Asim Ali Khan.

Selari dengan pengenalan penampilan dan produk baharu, Chevron Malaysia Limited turut mengadakan promosi pek berkembar yang istimewa. Setiap pembelian pek empat liter Havoline® ProDS™ Fully Synthetic ECO 5 SAE 5W-30 atau Havoline® ProDS™ Fully Synthetic LE SAE 5W-40 akan diberi sebotol Techron® Concentrate Plus secara percuma.

caltex-havoline-mekanika (8)

Pek berkembar ini ditawarkan pada harga RM242 seunit. Ia boleh didapati di stesen servis Caltex, bengkel kereta Havoline dan kedai-kedai alat ganti terpilih mulai 15 Jun hingga 15 Julai 2015, sehingga stok masih ada.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button