
KEMPEN SERVIS NISSAN X-TRAIL, TEANA & LIBERTY
Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) hari ini mengumumkan bahawa pihaknya telah melancarkan kempen servis khas bersama Tan Chong Express Auto Service Centre (TCEAS).
Kempen ini bagi memaklumkan kepada pelanggan dan menggantikan modul inflator pada beg udara penumpang hadapan bagi kenderaan yang terbabit.
Sebanyak 12,444 unit kenderaan Nissan di Malaysia terbabit di dalam kempen servis khas ini. Model-model yang terbabit ialah:
MODEL |
KOD PRODUK |
TAHUN |
JUMLAH UNIT |
X-TRAIL (CKD) |
T30 |
1 Mei 2002 – Mac 2007 |
12,420 |
TEANA (CBU) |
J31 |
Ogos 2004 – Sep 2004 |
4 |
LIBERTY (CBU) |
M12 |
2003 |
20 |
Kempen ini bagaimanapun tidak melibatkan model Nissan X-Trail baharu (T32) yang dilancarkan ke pasaran tempatan pada Januari tahun ini serta model-model Nissan yang terkini di pasaran.
TCEAS akan menghubungi para pemilik kenderaan yang terbabit. Pelanggan juga boleh menghubungi Hotline Khidmat pelanggan di talian Tol Percuma: 1800-88-3838 atau layari laman web www.nissan.com.my untuk penjelasan lanjut serta mengetahui sama ada kenderaan mereka terbabit atau sebaliknya. Semua kos buruh dan penggantian alat ganti untuk servis ini adalah percuma.