
CASILLAS, KAKA JADI DUTA HYUNDAI
Hyundai Motor Company yang merupakan rakan rasmi Federation Internationale de Football Association (FIFA) baru-baru ini mengumumkan pemain bola sepak terkenal, Iker Casillas dan Ricardo Kaká sebagai duta jenamanya untuk 2014 FIFA World Cup Brazil™.
“Kami amat teruja untuk mengumumkan kedua-dua bintang bola sepak ini sebagai duta World Cup kami. Melalui Casillas dan Kaká, kami harap dapat berkongsi keghairahan dan keterujaan perlawanan bola sepak ini di seluruh dunia.
“Ia juga membuktikan komitmen Hyundai terhadap sukan paling popular di dunia ini,” kata Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Hyundai Motor Company, Tak Uk Im.
Sebagai duta jenama, Casillas dan Kaká memainkan peranan penting dalam membina hubungan di antara Hyundai Motor dan peminat bola sepak. Mereka juga akan terlibat dalam aktiviti pemasaran seperti pengiklanan di televisyen, media cetak, digital dan sebagainya pada tahun ini.
Kerjasama di antara Hyundai Motor dan FIFA bermula sejak tahun 1999 akan berterusan sehingga tahun 2022. Penajaan dalam pertandingan bola sepak di peringkat antarabangsa nyata memberi sumbangan besar terhadap peningkatan kesedaran jenama serta imej Hyundai.










