Buletin

MENANGI TIKET VIP KE LONDON DENGAN SHELL

Shell Lubricants semalam melancarkan Promosi Global Shell Rimula. Ia memberi peluang kepada pelanggan dari seluruh dunia untuk bersaing dalam Cabaran Memandu Kenderaan Berat Shell Rimula 2014 yang merupakan sebahagian daripada lawatan VIP eksklusif ke London, England. 

Shell-Rimula-Mekanika  (2)

Pada September depan, enam pemenang hadiah utama dari Malaysia akan dipilih untuk bersaing dengan peserta akhir dari 12 negara lain. Para peserta perlu memandu pelbagai kenderaan berat dan menempuh satu siri halangan.

Cabaran tersebut akan menguji kejituan memandu, kawalan kenderaan dan kerjasama sepasukan dalam usaha untuk menjadi juara Pemanduan Berat Shell Rimula.

Peraduan yang bermula dari 1 April hingga 30 Jun 2014 itu terbuka kepada semua pelanggan yang membeli minyak enjin diesel tugas berat Shell Rimula R4, R5 atau R6.

Sempena Promosi Global Shell Rimula 2014, pameran bergerak ke seluruh negara akan diadakan. Mengekalkan tema ‘Kerja Keras’, pameran itu akan memberi fokus kepada aspek pendidikan menerusi Makmal Teknologi Shell Rimula.

Shell-Rimula-Mekanika  (3)

Makmal Teknologi Shell Rimula merupakan sebuah trak kontena 20 kaki yang akan singgah di kira-kira 15 lokasi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dari 15 April hingga 30 Jun 2014.

“Kami memiliki penyelesaian produk dan perniagaan yang khusus iaitu Driveline. Ia merangkumi minyak enjin diesel tugas berat Shell Rimula, bendalir transmisi, gandar dan gear Shell Spirax serta gris Shell Gadus,” kata Pengurus Jenama Global Shell Rimula, Seow Lee Ming,

Maklumat lanjut mengenai produk terkini dan promosi global Shell Rimula, sila layari laman web: www.shell.com.my/rimula-heavyweight-challenge

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button