Modifikasi

EVO 7 CONVERT EVO 9

Penangan Mitsubishi Evolution (Evo)  memang dahsyat sampaikan budak-budak pun tahu ia sebuah kereta yang nampak macam Proton Waja, tetapi laju. 

evo 7-convert-evo 9-Mekanika (6)

Kereta ini dimiliki oleh seorang pemuda bernama Awe. Sekali saya pandu uji kereta ini punyalah sedap klacnya standard macam klac Kancil. Sedap betul sampaikan saya rasa boleh saja nak pandu hari-hari dalam bandar. Sekali imbas bila tengok bodykit Evo 9, ia memang nampak garang dan jahat sekali.

Asal Evo ini ialah sebuah Evo 7 CT9A. Secara keseluruhannya, kereta ini diubah suai dengan konsep minimalis, sesuai sebagai sebuah kereta untuk dipandu setiap hari.

evo 7-convert-evo 9-Mekanika (17)

Kebanyakan perkakasan yang dipasang adalah jenis bolt on. Ruang enjinnya kemas dengan laluan paip intercooler jenis stainless steel, manifold banana, blow-off valve dan wastegate Tial, penapis udara Blitz, hos Samco dan oil catch tank Cusco. Sejuk mata mak mentua tengok enjin ni. Lenjan sana-sini pun suhu maintain saja. Cuma klac yang kadang-kadang hangit apabila enjin diperah tanpa pedoman.

Bahagian kit badan yang paling cantik pada sebuah casis CT9A tak lain tak bukan Evo 9. Tetapi kalau anda dengar harga nak tukar muka depan Evo 7 kepada Evo 9 boleh sasau dibuatnya.

evo 7-convert-evo 9-Mekanika (9)

Walaupun tidak nampak besar sangat perubahannya (tak macam Subaru 7 kepada 9), tetapi apabila dikira balik sepasang lampu jenis titanium smoked, bonet vent tengah, bumper depan (ini paling mahal, boleh cecah RM4,000) dan set belakang boleh muntah darah jugalah.

Apabila disalin begini, ia nampak lebih moden. Pertama, reka bentuk bampar depan dengan slot lubang dua di tengah tu memang membezakannya dengan generasi terdahulu. Spoiler belakang pula jenis karbon penuh. Bermula dari Evo 8, bahan gentian karbon ini sampai ke tiangnya.

evo 7-convert-evo 9-Mekanika (3)

Rim bersaiz 18 inci adalah perkara yang wajib untuk Evo yang tidak kisah berkorban kuasa. Rim pilihan Awe ialah Work Emotion CR Kai 18 inci dengan saiz lebar 18X8.5 dan offset 30. Cun-cun sahaja duduk celah fender dan direndahkan dengan suspensi boleh laras TEIN H/A. Tayar pilihan ialah Accelera bersaiz 225/40/18.

Bahagian dalamannya banyak sungguh peralatan Evo 7. Memang Evo 7 pun rupanya. Apa yang ditambah ialah sebuah meter boost Defi. Cukup.

evo 7-convert-evo 9-Mekanika (14)

Cerita tentang model Evolution tamat bila banyak khabar angin menyatakan tiada lagi model Evo 11. Sejarah kereta ini sangat panjang. Walaupun ramai yang mengharapkan Evo 11 datang, ia tetap tidak muncul juga.

evo 7-convert-evo 9-Mekanika (4)

Mungkin berita paling sedih yang boleh didengar ialah Mitsubishi juga nak ikut jejak langkah kereta ‘hijau’ untuk generasi Evolution berikutnya. Jika itulah langkah yang dipilih, maknanya Mitsubishi semakin dekat nak guna PX-MIEV. Benda apa ni? Daripada pakai turbo, mereka merancang untuk menggantikan turbo dengan motor elektrik.

Ahhh bosanlah dunia sekarang ni!

[hr]SPESIFIKASI

Model: Mitubishi Lancer Evo 7 / 2002

Enjin: 4G63 turbo, Wastegate dan blow-off valve Tial, penapis udara Blitz, stainless steel piping, hos Samco, banana manifold

Kotak gear: Manual 5 kelajuan dengan klac standard

Suspensi: TEIN HA

Brek: Brembo standard Evo

Rim: Work Emotion CR Kai 18 x 8.5 ET30

Tayar: Accelera 225/40/18

Dalaman: Standard Evo dengan boost meter Defi

Luaran: Bodykit lengkap Evo 9

[hr]GALERI 

evo 7-convert-evo 9-Mekanika (1)evo 7-convert-evo 9-Mekanika (7)evo 7-convert-evo 9-Mekanika (8)evo 7-convert-evo 9-Mekanika (11)evo 7-convert-evo 9-Mekanika (12)evo 7-convert-evo 9-Mekanika (15)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button