Buletin

CATHAY DRAGON DITUTUP. 5,900 KAKITANGAN HILANG ARAH

Syarikat penerbangan Hong Kong, Cathay Pacific dilapor telah menutup operasi anak syarikatnya, Cathay Dragon sekali gus membuatkan 5,900 kakitangannya kehilangan kerja. 

Cathay Dragon menjadi mangsa terbaharu yang terpaksa gulung tikar berikutan penularan wabak COVID-19 memberi impak besar kepada industri penerbangan dunia. Apatah lagi selepas usaha untuk bangkit daripada krisis itu dilihat gagal. 

Cathay Dragon menawarkan perkhidmatan penerbangan jarak dekat di sekitar Asia. 

Baru-baru in, Cathay mengumumkan pelan penstrukturan korporat yang menyebabkan ribuan kakitangan hilang kerja dan salah sebuah syarikat penerbangannya ditutup sepenuhnya.

Cathay memberitahu seramai 5,300 pekerja tempatan dan 600 orang kakitangan asing yang bersamaan 17 peratus tenaga kerjanya akan diberhentikan. 

Cathay  kini sedang mendapatkan kelulusan untuk menyerap laluan Cathay Dragon ke dalam Cathay Pacific dan syarikat penerbangan tambang murahnya, HK Express. 

“Pandemik global terus memberi impak buruk ke atas industri penerbangan dan kami terpaksa menyusun semula operasi Kumpulan untuk terus hidup.

“Kami juga perlu menyelamatkan sebanyak mungkin pekerjaan, selain menunaikan tanggungjawab ke atas hab penerbangan Hong Kong dan para pelanggan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Cathay Pacific, Augustus Tang.  – AFP 

Google ads
Back to top button