Buletin

TIKET PENERBANGAN TANPA HALA TUJU QANTAS SOLD OUT DALAM TEMPOH 10 MINIT!!!

Syarikat penerbangan Australia, Qantas, berjaya menjual tiket penerbangan tanpa hala tuju dalam tempoh 10 minit sahaja.

Sebanyak 134 keping tiket bagi tiga kelas penerbangan tersebut, yang bakal berlepas pada 10 Oktober ini mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan.

Perjalanan penerbangan terbabit mengambil masa selama hampir tujuh jam bagi memastikan pelanggan dapat menikmati keindahan dari udara.

“Ini mungkin tiket penerbangan paling laris dalam sejarah Qantas.

“Orang ramai rindu untuk kembali merasai pengalaman penerbangan dengan pesawat.

“Jika ada permintaan, kami akan pertimbangan untuk mengadakan lebih banyak penerbangan seumpama ini, sementara menunggu sempadan dibuka,” kata CEO syarikat penerbangan itu, Alan Joyce.

Penerbangan akan dilakukan menggunakan pesawat Boeing 787 Dreamliner, yang biasanya digunakan untuk perjalanan antara benua malah memiliki ruang jendela lebih luas.

Penerbangan akan merangkumi destinasi unik Australia di seluruh Queensland, Wilayah Utara dan New South Wales termasuk Great Barrier Reef, Uluru, Kata Tjuta, Teluk Byron dan Sydney Harbour. – agensi

Google ads
Back to top button