Motosikal

TVS NTORQ 125 SUPERSQUAD EDITION. INSPIRASI HERO AVENGERS

TVS NTORQ merupakan antara model skuter  cukup popular di pasaran negara India menawarkan gabungan keselesaan, praktikal dan prestasi terbaik dengan harga mampu milik kepada pengguna.

Terbaharu, syarikat pengeluar, TVS Motor Company memperkenalkan TVS NTORQ 125 SuperSquad Edition yang diilhamkan daripada hero ikonik Marvel.

Model edisi khas ini menawarkan tiga varian karakter hero Avengers iaitu Iron Man, Black Panther dan Captain America.

Skuter terbaharu ini dijual pada harga 77,865 rupee (RM 4,389) lebih mahal berbanding edisi Racing 75,365 rupee (RM 4,248).

Didatangkan dengan tiga pilihan warna merah (Invincible Red), hitam (Stealth Black) dan biru (Combat Blue).

Rekaan ketiga-tiga skuter ini memiliki kisah tersendiri.

Invincible Red menampilkan karekter Iron Man dihiasi di bahagian apron sisi dengan sentuhan helmet hero terbabit.

Selain itu, terdapat enkripsi Mark XXIX dan nombor 63 menandakan kemunculan Iron Man dalam watak komik Marvel pada tahun 1963.  

Varian Combat Blue pula sudah pasti milik Captain America menawarkan warna klasik biru putih pakaian seragam hero ini.

Bagi peminat komik Marvel, mereka tentu akan menyedari terdapat nombor 41 pada bahagian skuter berkenaan merupakan tahun Captain America diperkenalkan kepada khalayak terutama pembaca komik.

Rekaan terakhir, Stealth Black atau lebih sinonim dengan Black Panther, filem yang menjadi kegilaan penggemar Marvel.

Beberapa perincian rumit ditampilkan seperti simbol hormat signatur Wakanda Forever dan angka 66.

Kesemua varian menampilkan simbol A (untuk Avengers) yang diletakkan pada panel depan, pelindung kaki dan bahagian bawah spedometer.

Ia hadir dengan lampu utama LED daripada Ntorq 125 Race Edition.

Skuter mendapat khidmat enjin 124.8 cc satu silinder turut didatangkan kluster instrumen digital dengan sambungan Bluetooth.

Aplikasi TVS Connect App pula mendapat sentuhan kustom daripada karakter tiga hero berkenaan disokong SmartXonnect.

Apabila digunakan ia memaparkan elemen sinonim dengan mereka seperti perisai Captain America, sut Iron Man dan mata Black Panther. – agensi



Google ads
Back to top button