Artikel Pilihan

CATL HASILKAN BATERI 500WH/KG, BOLEH GUNA UNTUK KAPAL TERBANG

Contemporary Amperex Technology Co. Limited, atau singaktannya CATL mengumumkan satu lagi inovasi bateri baru keluaran mereka yang mampu menyimpan sehingga 500Wh/kg tenaga. Ketumpatan tenaga merupakan satu faktor penting bagi pembangunan kereta elektrik bagi membenarkan kereta dipandu dengan lebih ringan

Sebagai perbandingan pek bateri yang digunakan oleh Tesla Model Y memiliki ketumpatan tenaga [ada kadar 244Wh/kg, kurang separuh daripada pek bateri baru CATL yang diasaskan dari teknologi semi solid state bagi menambah ketumpatan tenaga pek bateri.

Antara teknologi yang baru diperkenalkan dalam bateri baru ini termasuklah bahan kimia katod teknologi baru, bahan anod inovatif dan separator yang berteknologi baru yang dihasilkan dengan menggunakan proses pembuatan bateri yang baru.

Selain digunakan untuk kereta elektrik, CATL berkata bateri baru ini juga boleh digunakan untuk aplikasi penggunaan tenaga elektrik di lautan dan juga pengangkutan udara terutama bagi penggunaan dron elektrik. CATL juga sedang bekerjasama dengan badan penilai keselamatan penerbangan bagi membangunkan teknologi bateri untuk kapal terbang penumpang berkuasa elektrik

Walaupun CATL masih merahsiakan kebanyakan aspek teknikal bateri berkenaan, tai CATL mendakwa pek bateri baru ini boleh dicaj dan menyahcah dalam masa yang singkat tanpa menjejaskan prestasinya. Besar kemungkinan pek bateri ini akan digunakan dalam kereta elektrik dalam masa terdekat

Buat masa sekarang, bateri paling berkuasa yang pernah dipasang pada kereta elektrik keluaran CATL ialah bateri Qilin dengan ketumpatan tenaga 255Wh/kg. Bateri ini membenarkan pemanduan sejauh 1000km dalam satu pengecasan penuh, namun masih jauh daripada ketumpatan tenaga dalam petrol iait 12,000Wh/kg

Google ads
Back to top button