Buletin

CHERY FULWIN E06 PHEV DIPERKENALKAN DI CHINA – JARAK GERAK ELEKTRIK 200KM, HARGA BERMULA RM98K

Baru-baru ini, Chery telah mendedahkan secara rasmi Fulwin E06 di China, tersedia dalam model PHEV dan EV.

Model berkenaan dijangka dijual pada harga antara AS$20,700 – AS$27,600 (RM98,440 – RM131,254) dan pelancaran rasmi mungkin dibuat pada 2025.

Diposisikan sebagai SUV bersaiz sederhana dan dibina berdasarkan Senibina Chery’s Mars, Fulwin E06 berukuran 4,820/1,920/1,685mm, dan jarak roda ialah 2,920mm.

Menjengah dalam kabin, ia dilengkapi panel instrumen LCD penuh, ditambah dengan skrin infotainmen 15.6-inci, stereng berbentuk D, panel pengecasan tanpa wayar pada konsol tengah, tempat duduk sifar graviti, peti sejuk, serta pencahayaan ambien 256 warna.

Dari segi bantuan pemanduan pintar, kereta baharu itu dijangka menyediakan Navigate On Autopilot (NOA) dan fungsi NOA navigasi bandar, dengan ciri seperti tempat letak kenderaan autonomi, tempat letak kenderaan kawalan jauh dan memori tempat letak.

Beralih pada kuasa, model PHEV akan dikuasakan oleh enjin hibrid 1.5TGDI dan motor elektrik, dipadankan dengan DHT, menawarkan jarak elektrik tulen sejauh 200 km.

Pada masa yang sama, model EV akan menawarkan dua pilihan jarak 550 km dan 700 km tetapi spesifikasi rangkaian kuasa terperinci belum diumumkan secara rasmi buat masa ini.

Seperti dinyatakan di atas, Chery Fulwin E06 ini diberi tanda harga sekitar AS$20,700 – AS$27,600 (RM98,440 – RM131,254).

Google ads
Back to top button