Buletin

CHEVRON MALAYSIA LANCAR CALTEX DELO 400 MGX

Memahami keperluan industri komersial dan ingin memenuhi piawaian emisi yang semakin ketat, Chevron Malaysia hari ini melancarkan minyak enjin Caltex Delo 400 MGX SAE 15W-40.

Caltex-Delo-400-MGX-mekanika (7)

Minyak enjin diesel premium itu tampil dengan formulasi spesifikasi lebih tinggi yang memberi manfaat kepada enjin diesel lama dan baru.

“Industri minyak dan gas di Malaysia menghasilkan diesel yang memiliki kandungan sulfur tinggi di antara 15 hingga 500ppm.

“Justeru, Caltex Delo 400 MGX  SAE 15W-40 membuktikan komitmen kami untuk menawarkan produk terbaik. Minyak ini bukan sahaja meningkatkanprestasi, malah dapat mengurangkan kos operasi,” kata Pengarah Pemasaran Asia Pasifik, Chevron Lubricants, Lennard Kwek.

Caltex-Delo-400-MGX-mekanika (2)

Delo 400 MGX hadir bersama teknologi ISOSYN. Caltex menggunakan teknologi tersebut untuk menghasilkan produk terbaik Delo. Ia menggabungkan minyak asas premium dengan aditif berprestasi tinggi dan kepakaran formulasi Chevron untuk memberi perlindungan kepada enjin diesel.

Hasilnya, Caltex Delo 400 MGX mampu menghalang pembentukan jelaga, perlindungan daripada masalah haus dan tersumbat. Jadi, jangka hayat enjin akan menjadi lebih lama dan dapat menjimatkan pengunaan bahan api.

Caltex-Delo-400-MGX-mekanika (3)

Dengan Delo 400 MGX, selang penukaran minyak enjin mampu dilanjutkan sehingga 80,000km. Pastinya ini memberi penjimatan yang besar kepada pengendali perniagaan.

Minyak enjin ini ditawarkan dalam bentuk dram menerusi pengedar yang dilantik oleh Chevron Malaysia. Harga jualannya ialah RM9.50 seliter.

Google ads
Back to top button