Buletin

TAKATA: HONDA MALAYSIA BAGI PAMPASAN RM50 SEHARI

Honda Malaysia hari ini mengumumkan pelan pampasan kerana kereta tidak dapat digunakan akibat kelewatan dalam menyelesaikan masalah beg udara Takata.

Honda-Malaysia-Mobile-Hubs-Location-mekanika (3)

Pelanggan perlu mendaftar di laman web: www.productrecall.honda.com.my untuk mendapat pampasan sebanyak RM50 sehari. Tempoh pampasan bermula pada 28 Julai hingga 31 Ogos 2016.

Sebaik sahaja alat ganti Takata sampai, pelanggan yang telah mendaftar akan diberitahu oleh Honda Malaysia dan mereka dinasihatkan untuk membuat penukaran dalam masa dua hari.

Bagi mempercepatkan proses penukaran inflator beg udara Takata, Honda Malaysia juga akan membuka hab servis berpusat dan hab bergerak. Inisiatif ini bagi meningkatkan kapasiti pengedar Honda, selain memudahkan pelanggan membuat penukaran komponen tersebut.

Honda-City-Takata-recal-mekanika (2)

Tiga Hab Servis Bersepadu sementara akan dibuka mulai 1 Ogos hingga 30 September 2016. Pusat itu beroperasi tujuh hari seminggu kecuali cuti umum mulai 8am hingga 7pm. Para pelanggan boleh menghubungi talian 1-800-88-2020 untuk membuat temujanji. Lokasinya adalah seperti berikut:

Wilayah Utara (Sebelah S.M.J.K. Convent Dato’ Keramat)

Alamat: No.401, Jalan Dato’ Keramat, 10150 Georgetown, Pulau Pinang.

Wilayah Tengah – Soo & Sons Metal Works Sdn. Bhd. (Sebelah Columbia Asia Hospital)

Alamat: Lot 15 Jalan 13/6, Section 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor.

Wilayah Selatan – Oriental Assemblers Sdn. Bhd.

Alamat: 99 & 99A-C, Jalan Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor.

143,970 UNIT KENDERAAN HONDA DIPANGGIL SEMULA

Bagi memudahkan pengguna, Honda Malaysia juga akan menyediakan 24 hab bergerak di 21 buah stesen minyak Petron terpilih dan tiga lokasi Siri Jelajah Keluarga Honda.

Hab bergerak itu dibuka mulai 5 Ogos hingga 25 September 2016. Ia beroperasi pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad di tiga lokasi berbeza mulai 8am hingga 7pm. Sila rujuk jadual di bawah:

Honda-Malaysia-Mobile-Hubs-Location-mekanika (4)

Honda-Malaysia-Mobile-Hubs-Location-mekanika (5)

Google ads
Back to top button