Artikel Pilihan

EAGLE EG6330K – LSEV CHINA RUPA KLASIK

Pertamanya jangan ditanya mengapa nama kereta ini EG6330K. Dah gaya nama telefon bimbit pula rasanya. Tapi inilah dia, sebuah Low Cost Electric Vehicle (LSEV) dari China dengan iras rupa klasik dan retro, Eagle EG6330K. Tengok macam klasik, tapi adakah kereta ini benar benar klasik?

Sebenarnya model ini merupakan keluaran sebuah firma pembuatan dari Suzhou China, Eage yang khusus dalam pembuatan kenderaan elektrik murah dan mampu milik kaedahnya. Dan model Eagle EG6330K ini sebetulnya mengambil inspirasi terus (bahasa lembut untuk ganti nama meniru) daripada model klasik, BMW Isetta / BMW 600 dari era 50an. Bentuk telur. Muka depan memang sama habis dengan rekaan lampu dan bampar yang retro.

Cumanya model Eagle EG6330K ini telah diberi penambaikkan oleh pereka dengan tidak membuat pintu keluar masuk di bahagian hadapan. Sebenarnya boleh aja nak buat pintu ikut depan pun sebab bukannya ada enjin pun kan, iya tak? Dan model yang diklasifikasikan sebagai sebuah kereta elektrik ringan ini turut mempunyai empat kerusi bagi membolehkan ianya sesuai untuk digunakan untuk menjemput anak pulang dari sekolah misalannya.

Menggerakkan badan kereta yang comel dan klasik ini adalah elektrik motor dengan kuasa kuda tak sampai pun angka 10 (tak tau nak panggil kuasa kuda ke kuasa apa) yang dipadankan bateri lithium 72V/100Ah. Bolehlah nak cecah jarak perjalanan sehingga 120 km sahaja. Kelajuan maksimum pun hanya setakat 60 km/j aja. Memang sesuai sangat untuk digunakan di kawasan bandar buat ulang alik pergi kerja.

Bahagian dalaman kereta ini juga sebenarnya mempunyai ciri asas sebuah kereta elektrik moden seperti pendingin hawa, pemain utama dengan MP3, serta meter digital. Manakala ruang bagasinya hanya mempunyai kapasiti 20 liter sahaja. Bolehlah setakat nak pergi beli barangan keperluan dan pulang semula ke rumah.

Dengan harga yang ditawarkan sekitar $4,000 (RM17,410) ianya sememangnya boleh dianggap murah untuk dibeli. Boleh beli dua tiga biji buat hadiahkan orang tua di kampung. Barulah bergaya pergi ke surau, iya tak?

BACA : BMW ISETTA – MOYANG BMW i3 KOT

BACA : LSEV SHANGDONG QILU FENGDE P8

Tags
Google ads
Back to top button