Artikel Pilihan

MODEL LSEV CHINA YANG MENGUJI IMAN KITA

Dalam artikel yang sudah, Brader Karrager ada kongsikan tentang beberapa buah model LSEV China yang mampu membuatkan kita senyum seorang diri. Tak adalah huduh sangat. Tapi tahukah, sebetulnya bersepah lagi model LSEV ini yang mampu membangkitkan rasa ingin menendang model-model ini. Kena perbanyakkan istigfar bulan puasa sebegini.

BACA : KENAPA BELI BEZZA SEDANGKAN BOLEH BELI KLON MERCEDES KANGKUNG INI PADA HARGA RM14K?

BACA : LSEV SHANGDONG QILU FENGDE P8 : APA PASAL NAMA PELIK SANGAT NI?

Salah satunya adalah model Zhongguo Lingshi Xiaoyuan. Nak panggil kereta pun rasa macam tak berapa nak gamak. Tapi sifat empat tayarnya memang mencukupi walaupun menggunakan tayar kereta sorong.

Perkara yang menjengkelkan sudah tentu bermula pada muka hadapannya. Bampar hadapan tiada! Nak jimat katanya. Oh ya, kereta ini sebetulnya hanya mempunyai tempat duduk tunggal di hadapan tetapi mempunyai dua tempat duduk di barisan belakang. Mujur juga.

Ianya dijanakan oleh kuasa elektrik bermotor 1.6hp yang dipadankan dengan bateri 60V. Bolehlah setakat nak cecah 40km/j kelajuan maksimum.

Model kedua ini pula diberikan nama Jingcai Feiduo Chang. Model ini tampak sedikit berguna apabila mempunyai empat tempat duduk waima kereta ini hanyalah bersaiz kereta mainan menggunakan token.

Bagusnya tentang model yang menggunakan kuasa elektrik bermotor 1.3hp ini, ianya mempunyai cermin keliling yang serba-serbi luas dan besar, Senang nak nampak persekitaran.

Bahagian dalamannya tampak orait juga. Skrin sesentuh ada, kipas teksi pun ada terlekat di pilar B. Perehat tangan pun ada ok! Pada hal bukannya nak pandu jauh mana pun.

Ok, yang ini sekali imbas pasti ada yang menyangka entah bilalah pula Volvo pernah mengeluarkan model EV versi mini. Jangan tertipu. Ini adalah  T-King Oujia, sebuah LSEV dengan empat duduk yang mempunyai gril seakan Volvo.

Bab kuasa elektrik motor, tidak banyak bezanya dengan model LSEV yang wujud di China. Laju pun sikit lebih kurang. Mini Volvo ini turut mempunyai sunroof yang bersaiz mini. Tapi setakat nak sua tangan bolehlah.

Ruangan kabinnya pula mampu memuatkan empat penumpang. Papan pemukanya juga kelihatan sedikit bukan biasa-biasa apabila turut mempunyai skrin sesentuh bersaiz 7 inci lengkap dengan paparan kamera undur.

Rasanya cukuplah paparan tentang LSEV yang menguji iman kita di bulan puasa sebegini. Tak gamak nak mengata lagi. Tapi percayalah, ianya masih laku untuk dijual di China. Sudahlah harga murah bukan main. Sikit lebih kurang aja dengan harga Y15ZR. Haih!

Kredit Foto : www.carnewschina.com

Google ads

B K

Back to top button