Buletin

KERUSI PEJABAT FERRARI – BOLEH JADI LAJU BUAT KERJA KE MACAM MANA NI?

Ferrari dan Poltrona Frau baru-baru ini memperkenalkan kerusi pejabat yang direka oleh Pusat Reka Bentuk Ferrari. Dikenali sebagai Cockpit, kerusi tersebut dihasilkan oleh Poltrona Frau yang bertanggungjawab menghasilkan upholsteri kabin kereta Ferrari sejak tahun 1980-an lagi.

Kerusi dengan reka bentuk kontemporari itu menggabungkan kepakaran automotif dan budaya kehidupan mewah kedua-dua jenama tersebut. Cockpit sebenarnya dihasilkan untuk meraikan ulang tahun ke-70 Ferrari.

Ia juga dikatakan menyerlahkan keterujaan berada di atas tempat duduk kereta Ferrari dan keghairahan terhadap sukan lumba kereta. Kerusi tersebut dibina di atas struktur modular dan menawarkan kemungkinan untuk dipertingkatkan.

Buat masa sekarang, dua versi ditawarkan iaitu President dan Executive. Kedua-duanya mempunyai asas dan penyandar belakang yang boleh dilentur. Ia kemudian diintegrasikan dengan dua penyandar belakang yang berbeza.

President didatangkan dengan penyandar belakang yang tinggi, diinspirasikan daripada ergonomik tempat duduk jentera perlumbaan. Manakala model Executive pula kelihatan seperti sebuah kerusi pejabat biasa yang menawarkan kebebasan untuk bergerak.

Kerusi itu menggunakan material yang sama seperti Ferrari iaitu karbon atau alutex. Untuk upholsteri kulitnya pula, Pusat Reka Bentuk Ferrari memilih warna dan kemasan yang diinpirasikan daripada perkhidmatan custom yang membolehkan pelanggan mengubahsuai model-model Scuderia, Classica dan Inedita.

BACA: TAMAN TEMA FERRARI LAND KINI DIBUKA SECARA RASMI

BACA: FERRARI 458 SPIDER MILIK MAFIA KINI DIJADIKAN KERETA POLIS 

Google ads
Back to top button