Artikel Pilihan

CIRI-CIRI KERETA MODEN YANG MESTI ADA, KALAU NAK BELI KERETA BARU

Anda nak beli kereta baru tahun ini atau tahun depan? Masih lagi tercari-cari apakah kereta yang sesuai? Anda pening dengan banyak pilihan yang ada? Jangan risau, kami senaraikan beberapa ciri kereta moden yang patut menjadi kriteria apabila memilih kereta baru.

1. Sambungan Apple Car Play / Android Auto – zaman teknologi dan sambungan internet ini kadangkala membuatkan kita gagal berdisiplin dalam menggunakan telefon pintar terutama ketika memandu. Fungsi ini menghadkan penggunaan telefon namun masih membenarkan pemandu menerima panggilan penting dengan handsfree

2. Lampu teknologi LED – 10 tahun lepas, hanya lampu brek belakang sahaja yang menggunakan teknologi lampu LED. Namun perkembangan teknologi dan harga yang mampu milik membenarkan LED digunakan sebagai lampu depan utama dan juga lampu kabus. Ia menawarkan cahaya yang lebih terang dengan penggunaan tenaga yang rendah

3. Teknologi Lampu Adaptif – biasa ciri ini akan disertakan dengan ciri Advance Driver Assistance System. Dengan bantuan pengesan pada cermin depan utama, lampu dengan ciri adaptif boleh mengubah pilihan lampu samaada rendah atau tinggi dan sesetengah jenama premium menawarkan light bending technology. Arah lampu akan mengikut sudut pada stering, tapi hanya jenama premium sahaja yang menawarkan teknologi ini

4. Sistem Amaran Titik Buta – atau Blind Spot Information System yang satu ketika dulu ditawarkan secara eksklusif pada jenama Volvo mula ditawarkan pada jenama yang lebih mampu milik seperti Toyota Vios dan Yaris. Bagi kereta panjang seperti SUV, ciri ini amat berguna bagi memberi amaran awal kehadiran pengguna jalan raya lain.

5. Kamera 360 darjah – atau dalam istilah lain All Round Vioe Monitor akan memberi bird eye view (dari atas) kepada pemandu mengenai kehadiran individu atau objek ketika mula keluar dari parkir. Jadi jika anda memandu SUV besar, fungsi ini sangat bermanfaat.

6. Rear Cross Traffic Alert – atau amaran lintasan belakang biasa disediakan bersama dengan ciri Blind Spot Information System. Ia memudahkan anda keluar parkir secara mengundur dan memberi amaran kepada anda jika ada kereta menghampiri samaada dari arah kiri atau kanan

7. Sistem AEB– atau dalam bahasa melayu sistem amaran pra perlanggaran dan brek pra-perlanggaran. Sistem seperti ASA, Pre-Collission System (Toyota) dan Honda Sensing akan diberikan alat pengesan serta sistem kamera tambahan yang akan bertindak sebagai mata tambahan kepada anda. Sistem ini akan mengesan kemungkinan bahaya yang terjadi, memberi amaran dan membrek bagi mengurangkan impak kemalangan.

8. Sistem pelayaran pemanduan adaptif – atau adaptive cruise control menggunakan sistem radar yang dipasang pada bahagian depan, menganggar halaju kereta depan dan membrek secara automatik. Jika kereta depan masuk ke laluan kiri, sistem akan menyambung semula halaju yang telah ditetapkan. Kalau memandu jarak jauh, kurang sikit penat.

9. Teknologi elektrik – samaada kita suka atau tidak, polisi negara maju menetapkan hanya kereta elektrik yang boleh dijual dan digunakan di negara mereka. Sementara kita masih berebut jawatan, negara maju akan mula menggunakan kereta elektrik atau bagi negara kita, terima kasih pada Honda yang sudi memperkenalkan City RS hibrid.

10. Aspek keselamatan – selain beg udara menjadi 7, sistem ESC menjadi kewajipan kita akan melihat semakin banyak pengeluar memperkenalkan ciri pencegahan kemalangan lain seperti Lane Keeping Alert yang akan memberi amaran jika kita mulai leka dalam memandu

11. Perakam Video Digital – akan mula ditawarkan sebagai peralatan standard bagi merakam pemanduan dan menawarkan bukti kukuh jika pemandu terlibat dengan kemalangan. Anda boleh memasang fungsi ini diluar, namun kemasan pemasangan serta keboleharapan yang ditawarkan tidak sebaik dengan unit OEM

Google ads
Back to top button