ANDROID AUTO & APPLE CAR PLAY. CIRI TERKINI KERETA MODEN
Satu ketika dulu, tak banyak telefon pintar yang memiliki fungsi navigasi dan peta. Kalau ada pun ia hanya ditawarkan pada telefon mahal, sehinggalah pengeluar kereta menghasilkan unit navigasi pada sistem multimedia. Namun kelemahan utama sistem ini ialah peta perlu dikemaskini secara lerap di pusat servis bertauliah.
Kena bukak kad memori, kemaskini dan masukkan balik. Kalau kad memori tersebut hilang harganya bukan murah. Maka solusi yang murah gunakan balik telefon pintar yang menjadi semakin canggih saban tahun. Beli saja pemegang telefon dengan pelekat yang dipasang di cermin dan gunakannya untuk sistem navigasi.
Tapi ia tetap menjadi masalah kerana kedudukannya di tengah papan pemuka kadangkala menghadkan pemandangan pemandu. Isu kedua ialah telefon semakin canggih dengan pelbagai aplikasi sosial media (facebook, twitter, instagram) yang akan memberi notifikasi bunyi kepada pemandu sewaktu memandu yang akan mengganggu konsentrasi.
Jadi pengeluar kereta bekerjasama dengan pengeluar telefon pintar menghasilkan sistem multimedia yang boleh menyambungkan paparan telefon pintar anda kepada sistem multimedia. Anda boleh membuat panggilan telefon, menggunakan sistem navigasi, memainkan lagu yang ada dalam simpanan telefon.
Oleh kerana kebanyakan pengguna dunia menggunakan telefon pintar berdasarkan 2 platform sistem operasi Google Android dan juga IOS Apple maka 2 sistem sambungan ini dibangunkan iaitu Apple Car Play bagi sistem Apple dan juga Android Auto bagi telefon yang menggunakan android. Kebanyakan sistem multimedia pada kereta hari ini memiliki keupayaan untuk penyambungan sistem Android Auto dan juga Apple Car Play sekaligus.
Sambungan telefon pintar dengan multimedia boleh dibuat dengan menggunakan sistem USB ataupun bagi sesetengah varian terbaru diabuat dengan sambungan tanpa wayar. Sebaik sahaja telefon pintar disambungkan dengan Android Auto dan Apple Car Play, ia akan melakukan beberapa perkara berikut:
1. Ia tidak menyalin skrin telefon anda secara terus tapi ia akan memaparkan versi skrin tersendiri pada paparan multimedia anda. Maka skrin multimedia kereta hanya akan memaparkan beberapa fungsi yang penting sahaja
2. Semua fungsi sosial media (facebook, twitter, instagram) tidak akan dipaparkan. Malah telefon juga tidak akan menghasilkan sebarang bunyi notifikasi sehinggalah sambungan Android Auto dan Apple Carplay diputuskan
3. Tapi pemandu masih boleh menerima panggilan telefon seperti biasa dengan menggunakan sistem bebas tangan. Email juga akan masuk dan ia akan dibacakan kepada anda menerusi aplikasi Google Assistant dan Apple Siri.
4. Anda boleh memainkan semua lagu yang ada dalam telefon anda melalui sambungan USB yang telah dibuat dengan kualiti bunyi terbaik.
5. Anda juga boleh menggunakan sistem navigasi dengan bantuan Google Assistant dan juga Apple Siri. Ia akan memaparkan sistem navigasi dan mampu menerima arahan suara daripada anda (jika kereta anda dipasang dengan fungsi ini)
Idea di sebalik penciptaan Apple Carplay dan juga Android Auto ialah ia membenarkan pemandu menjawab telefon, mengakses lagu, dan sistem navigasi tapi tidak membenarkan aplikasi lain dalam telefon digunakan supaya pemandu fokus 100% pada pemanduan, bukannya pada telefon.
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Android Auto di video ini
Atau video berkenaan Apple Car Play di video ini