CITROËN C3 WRC 2019 : NAMPAK GARANG WEI!
Musim baharu untuk World Rally Championship (WRC) 2019 bakal bermula tidak berapa lama lagi. Dan pasukan yang berpangkalan di Versailles Perancis ini tampak benar – benar serius dan sudah bersedia untuk mencabar kejuaraan WRC dengan pengenalan livery baharu bagi musim 2019 yang nampak lebih garang dan menyerlah.
BACA : SEBASTIAN OGIER KEMBALI KE PANGKAL JALAN
BACA : CITROEN C3 SEDIA BERAKSI
Selama beberapa musim, kelibat kereta rali Citroen agak sinonim juga dengan ‘Abu Dhabi’ sebagai penaja. Kini ianya telah hilang. Tapi yang menariknya, kembalinya logo Red Bull yang ditampal pada badan kereta membuatkan Citroen C3 WRC mereka kini kelihatan tampak garang.
Kalau dilihatkan, kereta lumba C3 WRC ini masih lagi mengekalkan warna merah sebagai asas, cuma ditambah dengan logo Red Bull yang menghiasi badan dan bonet. Turut juga kelihatan sebagai penaja bagi pasukan ini adalah Total yang juga merupakan penaja utama selain daripada Michelin yang bertindak untuk menjaga hal ehwal per-tayar-an bagi pasukan Citroen Total WRT ini.
Sebetulnya kereta ini telah dipamerkan untuk tontotnan umum sewaktu Autosport International bersama – sama kereta WRC yang lain bagi musim 2019.
Ditambah garang lagi sudah tentulah kepulangan semula Sebastian Ogier bersama pasukan Citroen. Ditambah lagi dengan gandingan rakan pemandu, Esapekka Lappi yang sebelum ini berlumba dengan pasukan Toyota selama dua musim.
Kalau tengok kepada gaya, pasukan Citroen ini macam merupakan calon pilihan untuk merangkul kejuaraan WRC musim 2019 ini. Melalui ujian pramusim yang dilakukan, Sebastian Ogier tampak agak menyakinkan juga.
Cumanya untuk perlumbaan pusingan pertama di Monte Carlo ini, beliau dan Esapekka Lappi harus membuktikan bahawa gandingan mereka bersama kereta C3 WRC ini cukup bagus untuk merangkul podium pertama sekaligus mengelakkan daripada digelakkan oleh bekas pemandu
Craig Breen misalannya. Ianya bakal menjadi medan ujian sama ada Ogier mampu mempertahankan tahta beliau ada jaguh di Rali Monte Carlo setelah memenanginya selama lima tahun berturut sebelum ini.
Pusingan pertama Rali Monte Carlo ini bakal berlangsung pada 24 hingga 27 Januari 2019 nanti dengan menyaksikan para pelumba bakal berkampung di Pekan Gap serta melintasi kawasan pergunungan di Col de Braus yang menjanjikan pemandangan yang cukup mempesonakan.